Esok Malam Aku Jemput Kau Pukul 10 !!




Di suatu malam yang sunyi terdengar orang yang tengah berbicara…..
esok malam aku jemput kau jam 10 !
kita nak pergi berapa malam ?
macam biasalah .. dua malam.
tak boleh pergi minggu depan ke ?
tak boleh .. minggu ni jer bot tu kosong, lepas tu semua dah kena booking !
tapi aku tak bersedia lagi ni !
alaa .. bawa jerlah apa yang ada !
mana boleh …aku belum minta cuti lagi
mata pancing, batu ladung, kekili, tali semua kena tambah
torch light aku yang aku beli kat wakaf che yeh dulu, entah ke mana perginya.
baju hujan, menantu aku pinjam terus lesap
joran aku yang patah gelangnya belum repair lagi
jaring bekas ikan pulak habis koyak di makan tikus
ubat resdung aku dah habis, cadang hari Isnin ni nak pergi ambil kat farmasi
duit aku pun tengah tak ada ni … !
Tengok tu .. kalau nak pergi mancing bukan main risau lagi sebab persediaan belum cukup.
padahal pergi memancing tu bukannya lama .. cuma dua malam sahaja.
lagipun kalau ada yang tak cukup masih boleh pinjam dengan kengkawan.
atau susah-susah sangat tak payah pergi.
TETAPI apa akan jadi agaknya kalau DIA beritahu nak jemput kita pukul 10 esok malam ?
boleh kah kalau tak mahu ikut ?
boleh kah pinjam kawan kalau ada bekalan kita tak cukup ?
bolehkah patah balik, kalau tak seronok kat sana nanti ?
tapi DIA tak akan beritahu bila nak jemput kita .. maknanya bila-bila masa dari sekarang wakil DIA boleh datang .. marilah kita perbanyakkan bekalan untuk pergi yang tak akan kembali .. satu peringatan untuk diri sendiri dan juga orang lain..

Kolej Mara Kulim,kedah

TAWARAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI SAINS KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA SESI 2013/2014.
Sukacita dimaklumkan bahawa saudara telah ditawarkan untuk mengikuti Program Matrikulasi  Satu Tahun  Kementerian Pelajaran Malaysia bagi pengambilan Sesi 2013/2014.
Jurusan:SAINS
Tempoh:1 TAHUN (2 SEMESTER)
Kolej:KOLEJ MARA KULIM
Tarikh Pendaftaran:27 MEI 2013


Haih pening kepala bila fikir pasal tawaran yang dapat ni..nak pergi x??? tapi abah punyalah excited suruh terima tawaran tu...abah ciap  dah booking hotel !! so memang aq kena pergi la ni. tapi bimbang la jugak. sebab kawan2 aq kata susah study kat situ. memang kena struggle  betul2, kalau x aku akan ditendang.. fuh malu beb kalau kena tendang.. semalam aq pergi umah pak ngah aq, n dia bagi aq kata2 semangat !! wah thanks pak ngah !! ILY pak ngah!! pak ngah baek sangat2. dulu time abah accident, dialah yang selalu tolong femly aq.. berulang alik antar abah ke hospital. pak ngah jugak la yang pergi melawat aq kat hostel.!! memang jasamu tidak akan ku lupa!!!

nk tahu lebih lanjut pasal kolej MARA Kulim? tekan sini --------->  Kolej Mara Kulim part 1 


Jawab Salam !!


Kebanyakkan muslim dalam situasi ini:-

Wei, Si Fulan kirm salam 

Akan jawab,

Wa'alaikumussalam 

Nampak macam tiada masalahkan? 

Tapi, sebenarnya, jelas di dalam hadis Nabi SAW, Nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui orang tengah, maka jawapan yg diberi kepada kiriman salam tu bukannya, "Wa'alaikumussalam" tapi "Wa'alaika Wa'alaihisalam".

Sebab apa? 

A suruh B sampaikan salam kepada C. 

C jawab, "Wa'alaikumussalam ".

Sedangkan, Wa'alaikumussalam bermaksud Selamat Sejahtera ke atas kamu.

Oleh itu, salam A kpd C tak terjawab kerana C mendoakan salam itu kepada B, iaitu ORANG TENGAH. 

Manakala, Wa'alaika Wa'alaihisalam bermaksud Selamat Sejahtera ke atas kamu dan dia. 

Maka salamnya terjawab. 

Indahnya Islam Agamaku...


Wallahualam...

AWAS! Berhati-Hati Sebelum Minum Air Tin



Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di ‘Bilik Intensive Care Unit.’

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.

kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan.
Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)
Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.



Tips Cover Malu Bila Tersalah Tegur Orang



  •  Teruskan menegur, Kalau dah memang kompom salah, korang reka je cerita yang korang macam bebetul kenal dia sampai dia pun terlayan dengan korang..
  •  Alang-alang dah silap tu, korang selamba je tegur benda yang ada kat sekeliling… dinding, siling, lantai atau apa saja sampai orang tu malas nak layan karenah korang.
  •  Bila dah salah tegur orang tu korang terus berpura-pura tengah bercakap dalam handphone..
  •  Menyamar jadi pegawai daerah ker, ketua kampung ker, AJK banci penduduk ker, atau apa-apa pekerjaan yang berurusan dengan orang.
  •  Nak elak korang digelakkan, korang gelakkan diri korang siap-siap. Berpakej dgn guling golek-golek serta lelehan air mata sampai orang sekeliling tension dan melupakan insiden itu begitu saja.
  • Cakap jaa memang hobi korang tegur orang tak kenal, nak tambah kawan tapi pastikan alasan ini digunakan dengan orang yang berlainan jantina.
  •  Mengaku sebagai saudara jauh yang tengah mencari waris pasal harta pusaka, nescaya diorang akan kenal korang serta mata tanpa ada paksaan. Masa tu anda sendiri akan pelik dan terkejut sebab tiba-tiba je dia akan mengaku dia adik kandung anda.

        Semoga berjaya!

6 Sifat Durian Yang Wajar Dijadikan Pedoman


1. Pohon durian itu tinggi
Jangan takut untuk bermimpi setinggi pohon durian, penemuan terbesar manusia awalnya juga berawal dari sekadar mimpi, tetapi jangan hanya bermimpi atau berangan-angan sahaja, sebaliknya berusaha mencapainya itu yang lebih penting.


2. Kulit durian keras dan berduri
Maksudnya seseorang itu harus teguh pendiriannya, tidak seperti lalang, ditiup kekiri, ia kekiri, ditiup kekanan, ia kekanan. Percaya akan keputusan yang telah anda ambil, nescaya tidak akan ada yang akan meragui kapasiti anda sebagai pemimpin.



3. Isinya lembut
Meskipun dari luar kelihatannya ganas, tetapi dalamnya lembut, sedap dimakan, isinya luar biasa. Secara tak langsung, belum tentu mencerminkan sifat diri seseorang. Ibarat pepatah lama yang mengatakan, “Don’t judge book by its cover.”

4. Durian itu harganya mahal
Kita harus menjunjung harga diri kita, jangan sampai diremeh atau diperlekehkan orang lain, setiap manusia adalah berharga, kedudukannya sama di mata Tuhan, jangan pula merendahkan orang lain.

5. Durian itu bermusim
Dalam erti kata lain tidak setiap hari ada ia ada, maka durian itu unik. Kita menjadi manusia juga diciptakan unik, berbeza antara satu sama lain. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

6. Durian tidak akan jatuh dari pohonnya sebelum matang
Setiap hal memerlukan waktu, jika kita belum berjaya, atau usaha kita belum membuahkan hasil, jangan berputus asa, mungkin masih ada kesalahan dalam prosesnya, yang pasti semua akan indah pada waktunya, bersabar sahaja, tetapi tetap berusaha, pasti jalan anda akan dibukakan Tuhan Yang Maha Kuasa.

Tarikh Baru Kiamat Pada 1.1.2017? Haih tak Serik-serik ke??



Selepas kiamat tidak berlaku pada Jumaat lalu, muncul pula sekumpulan pengikut ajaran sesat yang mendakwa, ia akan berlaku empat tahun lagi.
Tarikh baru kiamat, menurut kumpulan The Sword of God Brotherhood ialah pada 1 Januari 2017.
Kumpulan itu mendakwa ‘Nabi Gabriel’ memberitahu mereka bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh berkenaan dan hanya anggota kumpulan itu saja akan terselamat sementara yang lain akan musnah dalam ‘neraka.’
Kenyataan itu dibuat selepas ribuan orang terpedaya dengan kepercayaan kononnya dunia akan musnah Jumaat lalu, seiring dengan hari terakhir dalam kalendar kuno kaum Maya.

Kisah Sepotong Kepala Ayam Untuk Ayah


Semalam saya share pasal ibu Oh ibu, so malam ni citer pasal ayah plak... hehehe


Ketika petang sepulang kerja seorang suami melihat isteri yang tertidur nyenyak kerana keletihan bekerja seharian di rumah. Sang suami mencium kening isterinya dan bertanya, ‘Ma, sudah sholat Asar ke belum?’ Isterinya terbangun dengan hati berbunga-bunga menjawab pertanyaan suami, ‘sudah yah..’ Isterinya beranjak dari tempat tidur mengambil piring yang tertutup, petang itu isterinya memasak kesukaan sang suami.

 ‘Lihat nih, saya memasak khusus kesukaan ayah.’ Piring itu dibukanya, ada sepotong kepala ayam yang terhidang untuk dirinya.
Sang suami memakannya dengan lahap dan menghabiskan. Isterinya bertanya, ‘Ayah, kenapa suka makan kepala ayam padahal saya dan anak2 paling tidak suka makan kepala ayam.

‘Suaminya menjawab,’ Itulah sebabnya kerana kalian tidak suka maka ayah suka makan kepala ayam supaya awak dan anak-anak mendapatkan bahagian yang terenak.

’Mendengar jawapan sang suami, Terlihat butir-butir mutiara mulai menuruni pipinya. Jawapan itu menyentak kesadarannya yang paling dalam. Tidak pernah difikirkan olehnya ternyata sepotong kepala ayam begitu indahnya sebagai wujud kasih sayang yang tulus kecintaan suami terhadap dirinya dan anak-anak.

‘Mekasih ya ayah atas cinta dan kasih sayangnya.’ ucap sang isteri. Suaminya menjawab dengan senyuman, pertanda kebahagiaan hadir di dalam dirinya.
Subhanallah….Kita seringkali mengabaikan sesuatu yang kecil namun memiliki makna yang begitu besar, di dalamnya terdapat kasih sayang, cinta, pengorbanan dan tanggungjawab sekalipun sesuatu yang kecil itu adalah sepotong kepala ayam.
Semoga dari cerita ini kita boleh mengambil hikmah dengan mencintai setulus hati keluarga kita. 

Insyallah.



Ibu Oh Ibu


Assalamualaikum semua…post ni merupakan satu cerita yang agak sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai gaji yang kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hergailah mereka selagi kita masih punyai…
Jom layan citer sedih malam2 ni..eh better sediakan tisu sebelum start bace citer ni...hahaha

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.

Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.


Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

Rupa Doraemon Yang Sebenar! Comel siot !


Semua orang mesti kenal dengan karakter kartun yang sangat popular ini tidak lain tidak bukan Doraemon. Karakter kartun yang berasal dari Jepun ni memang popular terutamanya bagi golongan kanak-kanak dan tidak terkecuali remaja dan dewasa,dan tidak terkecuali jugak tuan punya belog ni...saya pun minat sangat2 doraemon time kecik2 lu. masihku ingat time kecik lu, setiap hari sabtu pukul 7.30 mlm, aq akan setia menonton doraemon kat nTV 7.. eh tapi sekarang pun ade g cite ni...hahahaha 

Apa yang aku ingin kongsi pada hari ni ialah gambar Doraemon yang sebenar. Pernah ke korang tengok? Kalau jawapan korang TIDAK maka seharusnya korang perlu tengok gambar ni....


Jeng Jeng Jeng................







comel kan???hahaha

PERHATIAN BUAT WANITA!!







Lelaki: Jangan lupa untuk share kepada isteri2, teman wanita, kawan2, rakan2.
 

Perempuan: Berhati-hati memilih gincu bibir.

Kajian Dr. Elizabeth Ayoub, perubatan dan biomolekul mengeluarkan amaran untuk gincu yang mengandungi plumbum, yang merupakan karsinogen.

Baru-baru ini jenama 'Red Earth' menurun harga gincu dari R $ 67,00 ke R $ 9,90!

Kenapa? Sebab ia mengandungi plumbum.
Jenama lain yang mengandungi plumbum adalah:

CLINIQUE
ESTÉE LAUDER
SHISEIDO
RED EARTH (Lip Gloss)
CHANEL (Lip Conditioner)
MARK AMERICA
MOTIVES
LIPSTICK
AVON

Semakin tinggi kandungan plumbum, risiko menjadi lebih besar menyebabkan kanser. Selepas ujian dilakukan ke atas gincu, bibir diperhatikan plumbum tertinggi terdapat dalam gincu keluaran AVON. Kita sepatutnya berwaspada pada penjagaan gincu. Jika gincu anda keras statik adalah disebabkan oleh tahap plumbum yang tinggi.

Ambil ujian ini:
1. Sapukan sedikit gincu pada tangan anda;
2. Letakkan cincin emas pada gincu di tangan anda;
3. Jika perubahan warna gincu kepada warna hitam, gincu anda mengandungi plumbum.

SubahanaAllah!!


hari ni aq tertarik nak share satu gambar yang mampu menyentap jiwa kita semua..


SubhanaAllah. betapa menderitanya anak kecil ini. aq x boleh bayangkan jika aq yang jadi macam ni ataupun berlaku kepada family ku yang lain.betapa sakitnya! betapa besar dan berat ujian kepada anak kecil ni. 
kita yang dah dewasa ni pun x tahan jika sakit perut biasa, ni apatah lagi anak kecil yang xtahu ape2. Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit anak kecil ini..
sama2 kita mendoakan yang terbaik buat anak kecil ini. semoga dengan doa kita semua, mampu mengurangkan derita anak kecil tersebut.Amin~

Masa Couple Sebelum Kahwin


1. Masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam si pakwe. Siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehah. Lepas kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja, si isteri tak salam cium tangan suami pun.



2. Masa couple, si awek kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si pakwe dulu. Kalau si pakwe tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhaka la kalau ingkar. Abis tu, dengan mak bapak boleh plak derhaka? Lepas kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar.
.
3. Masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut. Bila berwebcam ataupun hantar gambar kat pakwe, tak cover pun rambut dan aurat. Kononnya, nanti dia nak jadi suami jugak. Jadi halal jugak nanti. Kononnya, semuanya untuk abang sayang seorang.
.
4. Bila couple, masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe pegang tangan, pegang pinggul, cium-cium sikit. Bukti cinta kononnya. Sanggup berkorban jiwa, raga dan dara. Takut kalau tak bagi, si pakwe tinggal cari orang lain. Bila dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah. Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan, ditolak mentah-mentah. Dosa woo siksa batin.
.
5. Masa couple, bila melepak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita kehebatan pakwe masing-masing. Bila dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami masing-masing.
.
6. Masa couple, si pakwe cakap itu, si makwe pun ikut je. Konon-kononnya nak jadi suami yang tegas la nanti. Bila dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi queen control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia sebelum kahwin dulu, wahai perempuan? Mana sifat tegas dan kepimpinan sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?


  P/S : Jangan bazirkan perasaan pada yang bukan pasti milik kita, jagalah diri dan simpan untuk yang sah sahaja. 


Bila perempuan… Lelaki kata.....






Bila perempuan… Lelaki kata :

Bila perempuan bawak kereta slow
Lelaki: ini lah perempuan. Bawak kereta Lembab macam siput..

Bila Perempuan bawak kereta laju
Lelaki : Ini lah perempuan.. bawak kereta macam tak tahu undang-undang

Bila perempuan bawak kereta macam pelesit
Lelaki : ini lah perempuan. Bawak kereta macam tak reti bawak kereta.. ingat jalan ni mak bapak diorang yang punya.

Bila lelaki bagi salam kat perempuan dan perempuan menjawab salam
Lelaki : wah.. Ade chance ni. Gatal gak pompuan ni

Bila lelaki bagi salam dan perempuan tidak menjawab
Lelaki : Sombong btol la pompuan ni.. Die ingat die cantik sangat kot



p/s:amboi2..sesukahati komen kaum hawa yer???

kata2 lelaki terhadap wanita


Post kali ini MediaSerius nak korang renungan bersama anggapan seseorang lelaki terhadap perempuan cantik dan perempuan tidak cantik. Jom kita fikirkan sejenak.. Tanggapan di bawah ini bukan semuanya betul tapi sering berlaku di dalam kehidupan kita..


Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman…
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer…

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih…kesiannyer…
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati…
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm…taktik nak ngorat la tu…

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la…bagai pinang d belah dua…
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian…mst dah kena bomoh lelaki tu…

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject…

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato’ mana bela ni…
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah…caringnyer…
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu…

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don’t worry,i will make u happy forever…
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la…

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu…
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu…

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu…
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer…!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia…boring!



p/s : Setiap perempuan perlu dihargai kerana ibu kita juga golongan perempuan :)

Cinta Ibarat Tunggu Bas




Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas.
Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. 
Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”
Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.
Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.
Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
Suka melarikan diri dari cinta… Cinta itu menyakitkan…? Emmm..

Ayat Yang Perempuan Selalu Cakap





  • FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai – hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

  • LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
  • TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

  • PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.
PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.
  • MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.
  • MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.
  • OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. ‘OKAY LAH’ bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.
  • BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
  • TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.
  • TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.

Di sebalik coca-cola




Coca-Cola atau Coke adalah minuman bersoda kola yang dijual di berbagai restoran2, kedai2, dan mesin air di lebih dari 200 negara.Coca-Cola pertama kali diperkenalkan pada tanggal 8 Mei 1886 oleh John Styth Pemberton, seorang ahli farmasi dari Sarajevo, Georgia, Bosnia. 

Dialah yang pertama kali mencampur sirup karamel yang kemudian dikenal sebagai Coca-Cola. Frank M. Robinson, sahabat sekaligus akauntan John, menyarankan nama Coca-Cola kerana berpendapat bahawa dua huruf C akan tampak menonjol untuk periklanan. Kemudian, ia menciptakan nama dengan huruf-huruf miring mengalir, Spencer, dan lahirlah logo paling terkenal di dunia.
.
Fakta coca-cola :
1. Coca-Cola mampu menghakis tulang. Hal ini dapat dibuktikan apabila kita masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari.


2. Coca-Cola digunakan untuk mencuci tandas : Masukkan air Coca-Cola ke dalam  mangkuk tandas dan biarkan selama 1 jam. Kemudian anda ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam air tersebut.


3. Untuk menghilangkan kesan karat pada bumper kereta jenis chrome: Caranya adalah dengan lap bumper tersebut dengan aluminium foil yang direndam dalam air Coca-Cola. Kesannya karat tersebut akan hilang.


4. Untuk menghilangkan hakisan pada terminal bateri kereta : Tuang saja air Coca-Cola pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coca-Cola, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit pada pakaian : Letakkan air Coca-Cola ke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.

7. Coca-cola mempunyai bahan aktif seperti phosphoric asid. Ia mempunyai nilai pH antara 2.8 hingga 3.2 . Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang kita dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama penyakit osteoporosis.


8. Kandungan gula dalam air Coca-cola bersamaan dengan 18 sudu cawan teh. Kandungan gula yang tinggi ini akan menjurus kepada penyakit Diabetes.


9. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh pejabat agama Islam,oleh kerana kandungan alkohol yang terdapat  dalam air Coca-cola,maka adalah haram bagi seorang Muslim meminumnya.


10. Untuk pengetahuan pembaca, Coca-cola diharamkan penjualannya  di Israel demi menjaga kesihatan rakyatnya.Jadi, meminum air Coca-cola bukanlah suatu diet yang betul walaupun terdapat Coca-Cola Diet yang dijual di pasaran.
Ok..saya memang tak minum Coca Cola (boikot). Tapi ada yang kata, apabila dibaca dari belakang, akan kelihatan ayat ‘Laa Muhammad, Laa Makkah’ dalam tulisan jawi.  



Setakat itu sahaja yang saya boleh senaraikan walaupun hakikat sebenar, Disebalik Minuman Coca-Cola. Apa-apapun, saya serahkan kepada anda yang membaca untuk memberikan pendapat. Kali pertama saya mendapat tahu makna di sebalik simbol2 di atas, respon saya ialah ‘laa..yeke? tak perasan pun!’ Tapi apa pendapat anda..saya tidak tahu, hanya kamu yang mampu menilai. Ni sekadar perkongsian saya sahaja.


*Walaupun air Coca-cola tidak diharamkan penjualannya di Malaysia,namun haruslah kita ingat bahawa minuman ini memberikan pelbagai  keburukan kepada kesihatan kita. Jadi ,mengapa perlu kita mengambil lagi minuman ini sedangkan kita telah tahu bahayanya.

cOret- CoRet 2012


Assalamualaikum..wah dah lama xupdate blog.maklumlah bz sket sekarang ni.cewah bz la sangat!!bz layan citer korea sebenarnya..hak5^_^ okay back to the story,tahun 2012 ni sebenarnya amat bermakna bagi aq. ye la tahun ni last aq di alam persekolahan n pakai baju sekolah. tahun ni last aq makan di dewan makan yang serba *indah* tu...
setiap ari aq makan kat cni la...amacam indah x???hihihi 
tahun ni juga aq kena bekerja keras untuk berjuang dalam medan peperangan TRIAL dan SPM. tapi kat mrsm pc, aq belajar bnyk perkara. kat sini aq kenal kawan yang betul2 boleh dijadikan kawan. 


gambar curi dlm blog malissaali..sorry ica!!
salah satu kawanyang betul2 aq sayang adalah cik ain irdina..ain baek sangat..time aq ada masalah ngan cubemate aq dlu, dia lah yg bnyk bntu aq..dulu kitaorang selalu study sama2..ain!!rindu dulu2 laa.... eh lupa plak nak kenalkan,ain yang pakai spek tu erk! time aq sedeh ke , mesti dia wat lawak n aq pun gelak.. ain kelakar sngt..happy go lucky gitu.. thanks ain!!
ni pun kawan2 yang aq sayang..tablemate aq ni..diorang banyak sangat bagi aq semangat untk terus berjuang!!thanks korang (^0~) 
tahun ni jugak aq sangat sibuk dgn tugasku sbgai seorang ajk biro makanan & kesihatan..sebenarnya xdelah bz sngt..cuma agknya aq je yg xpndai control masa aq..lepastu aq gatal plak nk join spr..fuhh,memang cari nahas la aq..bz yang amat!!
kenangan time jadi spr

            
ni class kami..tempat aq belajar setiap hari..
beberapa minggu sblum spm,ayah aq plak accident..memang Allah sedang menguji aq.aq ingt kan xserius, rupa2nya ayah aq xleh jalan.dia punya tulang tibia retak and so on..memang sedeh yang amat time tu.. aq macam nak lari balik umah..time maktab buat majlis restu, abah xdpt dtg sbb sedang terlantar lemah kat umah,aq buat2 cool & bajet aq kuat!!tapi last2 aq nangis gak..aq sedeh sngt time tu bile tngk org laen sedang bersalaman memohon restu dari parent masing2..aq tngk sambil nangis..sob3x..dulu aq selalu bayangkan,sebelum aq masuk dewan exam aq nak sangat tngk parent aq..sbb hnya diorang yg mampu kuatkan semangat aq untk terus berjuang.akhirnya aq sedar, walaupun aq menangis kuar air mata darah sekalipun, semuanya telah berlaku...abah still xleh datang gak.aq kena hadapinya sorang2..Aq kena kuat! yeah!!mas boleh punya(^_^)




Sahabat selamanya

~TIP SAHABAT SELAMANYA~


1) Memahami

Kunci utama sebuah persahabatan. Setiap rakan kita mempunyai gaya dan gelagat yang tersendiri. Contohnya panas baran, mudah merajuk, suka 'cakap lepas', dan sebagainya. Justeru, amat penting buat kita untuk faham dengan lagak gaya rakan, agar kita sendiri tidak mudah 'sentap' dengan tingkah lakunya itu. Lebih mudah untuk menjalinkan hubungan persahabatan jika kita saling faham-memahami di antara satu sama lain kan.

2) Give and Take

Hubungan persahabatan bukan hanya sekadar meluahkan perasaan, kesedihan kepada teman-teman semata-mata. Tetapi lebih dari itu. Perjalanan persahabatan sudah tentu juga tidak berlangsung dalam satu tempoh tertentu sahaja. Jadi amat penting buat kita untuk saling 'memberi dan menerima'. Misalnya saling bantu-membantu jika ada di antara rakan kita yang memerlukan pertolongan, membantunya menangani konflik cinta, pelajaran dan sebagainya. Kerjasama di antara kita dan rakan tentunya akan mewujudkan satu hubungan yang lebih bermakna.

3) Saling berkorban

Bukan hanya cinta, malah persahabatan juga punyai 'sesuatu' utuk dikorbankan. Bersahabat bukan hanya untuk suka-suka, sebaliknya sahabat yang baik boleh menjadi keluarga kedua buat diri kita. Sudah tentu dengan segala pengorbanan yang dicurahkan, kita bakal memperoleh kepercayaan dari sahabat.

4) Jujur

Tiada siapa yang mahukan hubungan persahabatan ataupun cinta itu dipermainkan dengan sesuka hati. Keikhlasan dalam berkawan adalah sesuatu yang penting dalam menjamin sesebuah hubungan itu bertahan lama. Oleh itu, kita perlu jujur dalam memberi pandangan, berkongsi masalah, dan sebagainya.

5) Ambil Berat

Bukan hanya berkongsi kegembiraan, tetapi sahabat yang baik ialah sahabat yang boleh bersama rakan, tidak kira apa yang berlaku. Kita selalu mendengar ungkapan 'kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis boleh di bilang dengan jari'. Jadi, kita perlulah mengambil berat apa yang berlaku terhadap rakan baik kita. Jika si dia sedang bersedih, cuba pamerkan keprihatinan kamu dengan bertanya apa puncanya bersedih hati, siapa yang memulakan dan sebagainya. Dengan cara itu, rakan kita akan rasa lebih 'selamat' dan diberi perhatian bila bersama dengan kita.

6) Kongsi Hobi

Berkongsi hobi dengan rakan terdekat akan menambahkan lagi kemesraan kita yang sedia terjalin. Bukan hanya berbicara perihal muzik, gosip hangat, sukan atau bercakap tentang lelaki/gadis idaman saja, tetapi mengisi masa dengan melakukan apa yang diminati bersama. Contohnya beriadah, menonton wayang, memancing bersama-sama, mendaki gunung dan banyak lagi.

7) Tiada Hipokrasi

Hipokrasi merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian. Dalam berhubungan, tidak kira sama ada dalam percintaan mahupun persahabatan, kita tidak boleh bersikap talam dua muka atau ada perasaan hasad dengki terhadap rakan kerana itu hanya akan memusnahkan ikatan persahabatan yang sedia terjalin erat. Cuba untuk jadi diri sendiri dalam persahabatan kerana itu lebih baik daripada bersikap bermuka-muka yang hanya akan merugikan diri di kemudian hari.

8) Bersikap Positif

Hubungan yang diikat memerlukan persefahaman dan saling berkongsi si antara satu sama lain. Sikap kita yang positif, boleh menrima pandangan rakan, boleh ditegur, pastinya memberi kesan yang baik dalam hubungan persahabatan itu. Meskipun ada di antara kita dan rakan berbeza pendapat terhadap sesuatu perkara, namun kerana sikap kita itu, ia menampakkan kita serius dalam hubungan persahabatan yang dijalin.

9) Matang

Dalam bersahabat, sudah tentu ada ketikanya kita dan rakan baik kita akan bercanggah pendapat atau bertikam lidah mengenai sesuatu perkara. Oleh itu, selesaikan sahaja konflik itu, ada di antara kira yang bermasam muka, tidak bertegur sapa yang seterusnya membawa kepada wujudnya jurang di antara kamu. Padahal sebelum ini hubungan kita dan rakan begitu akrab. Dalam hal ini, kita sepatutnya bertindak bijak dengan matang dalam perhubungan dan tanamkan dalam diri bahawa sesuatu hubungan, pasti ada pasang surutnya. Yang nyata, tidak salah andai kita yang berdiplomasi agar hubungan itu terus bertahan.

10) Kasih Sayang

Sepanjang bersahabat, apa kata kita terapkan hubungan itu dengan nilai kasih sayang yang ikhlas. Menerusi cara itu, hubungan kita bukan sahajaberkekalan, tetapi juga bertambah erat kerana wujudnya kesetiaan. Meskipun wujud batas di antara sahabat dengan yang tersayang, namun itu bukan alasan untuk kita memberi perhatian yang serupa terhadap sahabat. Keserasian yang ada di antara kita juga nyata memberi 'warna' yang tersendiri dalam hubungan persahabatan itu.