Esok Malam Aku Jemput Kau Pukul 10 !!




Di suatu malam yang sunyi terdengar orang yang tengah berbicara…..
esok malam aku jemput kau jam 10 !
kita nak pergi berapa malam ?
macam biasalah .. dua malam.
tak boleh pergi minggu depan ke ?
tak boleh .. minggu ni jer bot tu kosong, lepas tu semua dah kena booking !
tapi aku tak bersedia lagi ni !
alaa .. bawa jerlah apa yang ada !
mana boleh …aku belum minta cuti lagi
mata pancing, batu ladung, kekili, tali semua kena tambah
torch light aku yang aku beli kat wakaf che yeh dulu, entah ke mana perginya.
baju hujan, menantu aku pinjam terus lesap
joran aku yang patah gelangnya belum repair lagi
jaring bekas ikan pulak habis koyak di makan tikus
ubat resdung aku dah habis, cadang hari Isnin ni nak pergi ambil kat farmasi
duit aku pun tengah tak ada ni … !
Tengok tu .. kalau nak pergi mancing bukan main risau lagi sebab persediaan belum cukup.
padahal pergi memancing tu bukannya lama .. cuma dua malam sahaja.
lagipun kalau ada yang tak cukup masih boleh pinjam dengan kengkawan.
atau susah-susah sangat tak payah pergi.
TETAPI apa akan jadi agaknya kalau DIA beritahu nak jemput kita pukul 10 esok malam ?
boleh kah kalau tak mahu ikut ?
boleh kah pinjam kawan kalau ada bekalan kita tak cukup ?
bolehkah patah balik, kalau tak seronok kat sana nanti ?
tapi DIA tak akan beritahu bila nak jemput kita .. maknanya bila-bila masa dari sekarang wakil DIA boleh datang .. marilah kita perbanyakkan bekalan untuk pergi yang tak akan kembali .. satu peringatan untuk diri sendiri dan juga orang lain..

No comments:

Post a Comment