Semalam saya share pasal ibu Oh ibu, so malam ni citer pasal ayah plak... hehehe
Ketika petang sepulang kerja seorang suami melihat isteri
yang tertidur nyenyak kerana keletihan bekerja seharian di rumah. Sang suami
mencium kening isterinya dan bertanya, ‘Ma, sudah sholat Asar ke belum?’
Isterinya terbangun dengan hati berbunga-bunga menjawab pertanyaan suami,
‘sudah yah..’ Isterinya beranjak dari tempat tidur mengambil piring yang
tertutup, petang itu isterinya memasak kesukaan sang suami.
‘Lihat nih, saya
memasak khusus kesukaan ayah.’ Piring itu dibukanya, ada sepotong kepala ayam
yang terhidang untuk dirinya.
Sang suami memakannya dengan lahap dan menghabiskan.
Isterinya bertanya, ‘Ayah, kenapa suka makan kepala ayam padahal saya dan anak2
paling tidak suka makan kepala ayam.
‘Suaminya menjawab,’ Itulah sebabnya kerana kalian tidak
suka maka ayah suka makan kepala ayam supaya awak dan anak-anak mendapatkan
bahagian yang terenak.
’Mendengar jawapan sang suami, Terlihat butir-butir mutiara
mulai menuruni pipinya. Jawapan itu menyentak kesadarannya yang paling dalam.
Tidak pernah difikirkan olehnya ternyata sepotong kepala ayam begitu indahnya
sebagai wujud kasih sayang yang tulus kecintaan suami terhadap dirinya dan
anak-anak.
‘Mekasih ya ayah atas cinta dan kasih sayangnya.’ ucap sang
isteri. Suaminya menjawab dengan senyuman, pertanda kebahagiaan hadir di dalam
dirinya.
Subhanallah….Kita seringkali mengabaikan sesuatu yang kecil
namun memiliki makna yang begitu besar, di dalamnya terdapat kasih sayang,
cinta, pengorbanan dan tanggungjawab sekalipun sesuatu yang kecil itu adalah
sepotong kepala ayam.
Semoga dari cerita ini kita boleh mengambil hikmah dengan
mencintai setulus hati keluarga kita.
Insyallah.
No comments:
Post a Comment