1. Masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam si
pakwe. Siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang
solehah. Lepas kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja, si isteri
tak salam cium tangan suami pun.
2. Masa couple, si awek kalau nak keluar pergi mana-mana
kena minta kebenaran si pakwe dulu. Kalau si pakwe tak bagi, tak keluar.
Konon-kononnya derhaka la kalau ingkar. Abis tu, dengan mak bapak boleh plak
derhaka? Lepas kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun
kebenaran suami nak keluar.
.
3. Masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak
nak bagi orang lain nampak rambut. Bila berwebcam ataupun hantar gambar
kat pakwe, tak cover pun rambut dan aurat. Kononnya, nanti dia nak jadi suami
jugak. Jadi halal jugak nanti. Kononnya, semuanya untuk abang sayang seorang.
.
4. Bila couple, masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe
pegang tangan, pegang pinggul, cium-cium sikit. Bukti cinta kononnya. Sanggup
berkorban jiwa, raga dan dara. Takut kalau tak bagi, si pakwe tinggal cari
orang lain. Bila dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi
dah. Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan, ditolak
mentah-mentah. Dosa woo siksa batin.
.
5. Masa couple, bila melepak dengan kawan-kawan, semua sibuk
cerita kehebatan pakwe masing-masing. Bila dah kahwin beranak-pinak, bila
berborak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami
masing-masing.
.
6. Masa couple, si pakwe cakap itu, si makwe pun ikut je.
Konon-kononnya nak jadi suami yang tegas la nanti. Bila dah kahwin
beranak-pinak, si isteri jadi queen control. Si suami ikut je telunjuk si
isteri. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab control suami.
Mana taat setia sebelum kahwin dulu, wahai perempuan? Mana sifat tegas dan
kepimpinan sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?
P/S : Jangan bazirkan perasaan pada yang bukan pasti milik kita, jagalah diri dan simpan untuk yang sah sahaja.
No comments:
Post a Comment