Beberapa Tips Dan Langkah Menegur Orang =))



Bagaimana nak tegur kesalahan seseorang dengan baik? Kita selalu tersilap langkah ketika menegur kesalahan orang lain. Dekat dalam dunia ni ada orang yang boleh menerima pendapat orang lain dan ada kerjanya nak membangkang orang saje. Tapi bergantung jugak bagaimana cara kita menegurnya. Bila ada yang terasa mulalah hidup rasa tak tenang, hilang kawan, ada musuh, disisihkan dan sebagainya.

ü  Mengkritik atau menegur kesilapan orang tidak semudah disangka. Hubungan baik perlu dijaga supaya matlamat sampai dan tiada orang yang terluka. Jangan sesekali menegur seseorang bila dia dalam keadaan yang tidak okay, pasti anda akan terkena tempias. Nak menegur orang pun adanya, walau dengan kenalan rapat anda. Jangan main terjah je. Jadi nak tahu macam mana agaknya cara nak menegur seseorang dengan baik :)

ü  Perhatikan Mood, sebelum menegur tentukan anda peka dengan keadaan emosinya. Pastikan dirinya dalam keadaan tenang, tidak sedih atau terlalu gembira.

ü  Anda dinasihatkan tidak menegur mereka pada saat mereka sedang gembira, kerana silap hari bulan moodnya boleh berubah sekelip mata.

ü  Tiada Orang Sekeliling, pastikan juga anda menegur ketika dia berseorangan. Jangan menegurnya di hadapan orang ramai khususnya sewaktu dia bersama teman-teman rapat. Jika di tempat awam pula tentukan suasananya tidak terlalu bising atau sesak dengan orang ramai.

ü  Mulakan Dengan Pujian, manusia memang suka dipuji, oleh kerana itu sebelum memberi komen apa kata anda berikan sedikit puji-pujian. Namun biarlah pujian tersebut berasas dan kedengaran ikhlas. Dan mestilah berpada-pada dan kena dengan tempat juga.

ü  Perlu Ada Penyelesaian, pabila menegur tentukan anda mempunyai penyelesaian kepada kritikan atau teguran. Janganlah tahu menegur kesilapan orang semata tetapi anda tiada cadangan atau buah fikiran untuk memperbaiki atau menyelesaikan masalah. Teguran tanpa penyelesaian boleh dianggap sebagai kritikan tidak berasas atau bahasa mudahnya ‘kondem’.

MENGENAL GANGGUAN...12 Tanda Wanita Di Cintai Jin..


Assalamualaikum.
hari ni mas tertarik nak share tentang gangguan jin terutamanya kepada golongan wanita.Mas rase macam artikel ni bermanfaat kepada golongan wanita.Ye la mane la tahu kan, jin tu suka n cinta kat kita..Kan susah pulak jadinya..So selamat membaca ye !!

Antara tanda-tanda seseorang wanita manusia yang
dicintai jin jantan...

Gejala-gejalanya :

1.Wanita itu selalu bermimpi berjumpa lelaki...
samada lelaki yang sama...atau silih berganti...
samada yang di kenalinya ataupun lelaki asing...

...bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri yang
sama iaitu semuanya ' hensom ' dan menawan
hati...

...kadang-kadang hanya saling berpandangan...
seperti orang yang baru mula berkenalan dan
bercinta...

...atau kadang-kadang ada juga hingga ke tahap
melakukan hubungan badan...

...tapi ada juga keadaannya...bukan lelaki ' hensom '
sebaliknya makhluk-makhluk ganjil yang menakut-
kan...

...ia bergantung kepada keadaan...dan jin bagaimana
yang mengganggu...

2.Jika jin jantan itu saka keturunan...
biasanya seseorang wanita itu akan bermimpi lelaki
sejak dari kanak-kanaknya lagi...

...untuk rawatan...
wanita ini juga perlu beramal sendiri...
...kerana biasanya jin itu sangat degil...dan 'cintanya'
sampai ke mati...


3.Kadang-kadang ia didatangi makhluk ganjil...orang
asing...atau seperti rupa suaminya sendiri pada alam
antara tidur dan jaga...

...kadang-kadang hanya didatangi...atau mungkin di-
ganggu...atau buat hubungan badan sukarela...atau
mungkin wanita itu diperkosa...

4.Kadang-kadang ia merasa ada sesuatu bergerak di-
dalam saluran sulitnya...gatal atau hingga menimbul-
kan rasa birahi yang memuncak...

...ini salah satu sebab utama wanita jenis ini sangat
cenderung berbuat hubungan merata-rata tanpa
mengenal batas...

...iaitu ia sering merasa bernafsu tiba-tiba tanpa
sebab...

...dari satu segi...
ia adalah wanita manusia yang teraniaya oleh
kejahatan jin...
dan kadang-kadang di luar kawalan...

...dan rahsia utamanya...iaitu kerana jin itu turut
serta dalam hubungan badan dengan wanita tersebut.

5.Selalu atau kadang-kadang ia mengalami sakit pada
bahagian kepala...

6.Ia mudah jatuh hati kepada mana-mana lelaki...
walaupun ia telah bersuami..

...dan besar kecenderungannya berlaku curang
terhadap pasangannya...

...ia ada daya penarik tersendiri...terutama kepada
lelaki yang ada gangguan jin dalam dirinya...

7.selalu atau kadang-kadang sukar tidur di waktu
malam...

...dan siangnya ia sering merasa lemas badan...

8.Selalu atau kadang-kadang ia dapat merasa sesuatu
yang aneh masuk ke dalam tubuhnya...

9.Selalu atau kadang-kadang terbayang suatu
lembaga ganjil atau bayangan lelaki memerhatikan-
nya dari mana-mana...

10.Sukar mengerjakan solat...ada-ada saja halangan-
nya termasuk menunda-nunda hingga terlewat
masa...

11.Sering merasa lemas badan seolah-olah sangat
letih tanpa sebab munasabah.

12.Kadang-kadang di antara tidur dan jaga...ia di-
datangi makhluk menyerupai suami...atau orang
lain...atau makhluk aneh yang mengganggu atau
menyetubuhinya.

Nota :

1.Kadang-kadang ia berlaku apabila suami atau
pasangannya ada jin jantan dalam badan...
samada kerana saka...menuntut ilmu...menyimpan
tangkal dan sebagainya...

...apabila ia melakukan hubungan badan...jin tersebut
itu turut sama samada sengaja atau tidak...
maka jin itu mula ketagih dan buat 'kerja sendiri'
tanpa kawalan tuannya...

...itu antara seburuk-buruk akibat berdamping dengan
jin walau apa pun caranya...

2.Wanita yang ada gangguan ini...
kadang-kadang masa bercinta semuanya indah...
tapi setelah berkahwin jin jantan itu cuba menghancurkan
rumah tangganya kerana takut atau benci...
atau cemburu pada si suami yang...

...tapi kalau sekedar membuat hubungan tanpa ikatan...
jin itu suka...kerana ia haram...dan tiada ikatan yang
mengganggunya...

3.Bagi yang sudah bersuami...
kecenderungannya berlaku curang sangat besar...
dari sebab hasutan jin...

...ia masih mudah jatuh cinta kepada sesiapa saja...
terutama lelaki yang didampingi jin betina...

...malah kadang-kadang lelaki tersebut akan merasa
kemahuan yang sangat hebat untuk merampas wanita
itu dari suaminya yang halal...
juga dari sebab hasutan jin betina...

...kalau ia terlepas dari hasutan jin betina itu...
nescaya tak ada padanya perasaan nak berbuat jahat
pada wanita tadi...

wallohu a'lam.

Nak Seksi Atau Seksa??


Assalamualaikum..
malam ni mas nak share  mengenai "Hukum perempuan meletak gambar di facebook" 
Minta maaf banyak-banyak jika jawapan di bawah ini tidak menyenangkan anda.
Kaum hawa ini bukan tak tahu hukum mendedahkan aurat tapi kenapa masih tayang aurat di facebook.?

kenapa?

Sebab-sebabnya ialah :
1.Biar orang melihat bahawa dia ni cantik
2.Ingin menggoda lelaki
3.Suka dilihat seksi
4.Tidak cukup kain
5.Ingin melanggar ajaran agama
6.Jahil(Bodoh)

*Hukum perempuan yang meletak gambarnya di facebook walaupun menutup aurat?
-Tutup aurat pun kalau bersolek,edit gambar,buat aksi seksi atau seumpamanya masih tetap HARAM.

*Hukum meletak gambar artis ataupun kawan yang tidak menutup aurat?
-HARAM meletakkan gambar yang mendedahkan aurat samada gambar artis ataupun kawan,disebabkan kita juga akan mendapat saham dosa kerana meletakkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat.

*Hukum "LIKE" gambar kawan-kawan yang mendedahkan aurat?
-"LIKE" itu maknanya suka.Suka tu ada dua makna,suka melihat gambar dia dan suka melihat dia mendedahkan aurat.Kalau suka dia mendedahkan aurat hukumnya Haram dan jika kita "LIKE" bermakna kita sokong dia,hukumnya tetap HARAM.

p/s:Bagi perempuan yang tidak menutupi aurat dengan sempurna dan dalam masa yang sama ayahnya telah meninggal dunia,segerakanlah membuang gambar yang tidak tutup aurat kerana di dalam kubur,ayah anda menanggung segala dosa anda kerana anda tidak menutup aurat dan bagi perempuan yang masih ada ayah,tutuplah aurat dengan sempurna kerana "Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka

Jadi kawan-kawan, berfikir lah eswajarnya sebelum kita meng"upload" gambar dlm fb...Bukan ape, demi kebaikan diri sendiri jugak..
Semoga ilmu ini bermanfaat kepada kita semua. In Shaa Allah =)

Petua Kecantikan Dengan Mayonis!


Kita semua tahu mayonis kurang baik bagi anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Kandungan kalorinya yang tinggi tentu merosakkan program anda nanti. Tapi tahukah anda selain dijadikan sebagai penambah rasa dalam makanan, anda juga boleh gunakannya untuk tujuan lain seperti kecantikan!
Antara kegunaan mayonis untuk tujuan kecantikan ialah
Melembapkan kulit muka
o    Kandungan utama mayonis terdiri daripada cuka, minyak sayuran dan telur. Jadi, kandungan tersebut membuatkan ia kaya dengan bahan pelembap. Anda boleh gunakan kelebihan mayonis ni untuk melembapkan kulit. Mayonis boleh digunakan untuk menggantikan losyen dan anda boleh sapukan pada bahagian badan lain seperti siku, lutut dan kaki.
o    Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu untuk menyapukan mayonis ke bahagian yang kering dan biarkan ia meresap ke dalam kulit dalam masa 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih dan lap.
Rawatan rambut
o    Mayonis juga digunakan untuk merawat rambut agar kelihatan lebih bersinar. Kandungan pelembap yang dimiliki mayonis akan menyerap hingga ke bawah kulit. Anda cuma sapukan mayonis pada keseluruhan rambut. Kemudiannya biarkannya dalam 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
o    Sebelum ini kami juga ada berkongsi tips ini yang digunakan oleh pakar antarabangsa dan ianya ternyata berkesan! 
Merawat kuku kering
o    Kandungan yang terdapat dalam mayonis boleh merawat kuku agar lebih kuat dan sihat. Ia juga akan melembutkan kuku dan kulit keras pada keliling kuku anda. Caranya amat mudah, anda hanya perlu sapukan kuku tersebut pada kuku dan biarkan ia kering dalam 20 minit. Kemudian bilas dengan air mengalir. Amalkan petua ini sehingga anda nampak kesannya.
Pelindung kulit
o    Setiap hari kult kita terdedah kepada sinaran matahari dan pastinya kulit jadi kering dan nampak tidak bermaya bukan? Mayonis boleh bantu selesaikan masalah anda! Mayonis bertindak sebagai pelembap yang baik untuk kulit. Jadi apa yang anda perlu lakukan ialah sapukan mayonis tersebut pada kulit yang terdedah dan biarkan ia serap ke dalam kulit.

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.



Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Lisdawati Kini Bertudung Tetapi Akan Membukanya Jika Tawaran Lakonan Meminta Berbuat Demikian


Pasti berat hati pelakon Lisdawati ini tatkala berhadapan dengan situasi yang memaksa dirinya untuk membuka tudung demi mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga. Manakan tidak cabang lakonan sahajalah yang menjadi punca rezeki utama Lisdawati membesarkan anak-anak. Namun sebagai seorang ibu hati mana yang tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan mencari keredhaannya.



“Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.
“Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju yang seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh.
“Ini semua datang daripada diri saya sendiri dan saya buat perlahan-lahan kerana niat saya adalah untuk berubah kearah yang lebih baik dan ia bukan boleh dibuat dengan sekelip mata.

Namun begitu jelas Lisdawati lagi, niatnya untuk terus kekal bertudung mungkin akan sampai kerana sekarang pun dia sudah mulai berjinak-jinak dalam perniagaan sebagai sumber pencarian untuk masa akan datang.

Perhatian! Pembunuh Dalam Diam, Hati-Hati Makan Kangkung



Kangkung dan lintah? Apa kena mengena kangkung dengan lintah? Mungkin masih ramai belum tahu mengenai pembunuh dalam diam ni. Kangkung sememangnya sedap dimakan, lagi-lagi batangnya yang rangup itu. Sebenarnya dah ada kes orang meninggal dunia kerana termakan lintah yang bersembunyi didalam batang kangkung.

Beberapa tahun lepas, seorang anak kecil menderita sakit perut setelah dua hari menderita diarrhea (cirit-birit). Doktor mulai bingung kerana sudah bermacam-macam jenis ubat sakit perut diberikan kepada anak itu namun diarrhea yang dialaminya tidak juga sembuh.

Setelah dikaji, malam tersebut anak kecil itu makan kangkung di sebuah restoran. Doktor segera melakukan x-ray dan mendapati lintah telah pun membiak didalam ususnya.

Hanya dalam masa yang teramat singkat, lintah tersebut telah membiak dengan banyak dan menghisap darah yang ada dalam tubuh mangsanya. Doktor menjadi bingung bagaimana untuk mematikan lintah-lintah tersebut kerana beliau takut untuk mengambil risiko yang mungkin menyebabkan kematian.

Akhirnya anak kecil malang itu meninggal dunia. Setelah dikaji, ternyata lintah itu sememangnya sudah ada di dalam batang kangkung yang besar. Lintah yang ada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama mana pun. Ianya hanya akan mati jika dibakar.

Kisah ini bukanlah untuk menghalang anda makan kangkung atau apa jua jenis sayuran. Cuma di sini kami mahu mengingatkan anda supaya lebih berhati-hati dan memilih kedai makan. Bukan cerewet tetapi demi kebaikan bersama. Pastikan kedai yang anda pilih itu menyediakan makanan yang bersih dan segar.

Kalau boleh elakkan makan batang sayur yang berlubang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada diri anda.Akan tetapi, adalah lebih bagus jika anda masak dan makan sendiri di rumah. Sekurang-kurangnya, anda tahu dan yakin akan kebersihan sayur itu. Jadi anda buatlah keputusan kerana anda mampu mengubahnya!

  Semoga Bermanfaat !!

Cara Kempiskan Perut :)


1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!

Ibu Sanggup Pijak Mayat Anak Kerana Jadi Tali Barut Israel


Pencerobohan tentera zionis yahudi laknatullah sudah lebih satu minggu dan telah meragut ratusan orang Palestin, di antaranya puluhannya adalah kanak-kanak. Pencerobohan ketenteraan laknatullah ini juga munculnya tali barut yahudi di Gaza.
Anak muda di atas (kelihatan dalam gambar) tengah dipijak kepalanya oleh seorang perempuan tua. Tahukah siapa yang menginjak kepala anak muda itu?
Perempuan itu adalah ibu kepada anak muda tersebut. Si ibu merasa malu dan mendapatkan aib kerana anaknya telah memberikan maklumat kepada perisikan Israel tentang kewujudan para pejuang Palestin.
Ibu itu yang mengandung dan membesarkannya tetapi ibunya ihklas melihat anaknya dihukum mati di depan umum, supaya memberi pengajaran bagi yang lain.
Dia sendiri, walau dengan hati hancur memijak anaknya itu. Melihat kejadian ini beberapa orang memberitahu, “si ibu memijak kepala darah dagingnya sendiri kerana di sana ada tujuan yang lebih kuat dan lebih mulia iaitu tanah dan kehormatan Palestin.” -FB BS

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki


Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

Selamat Beramal !! 

Kesian Anak Kecil Ini !!!

mintak tolong korang share . walaupun korang tak mampu dengan wang ringgit . tapi share lah . mana tahu ada yang sudi membantu :')

Muhammad Haidar Bin Zahidi di lahirkan pada 3/1/2013 ( 3bulan) merupakan bayi comel yang dilahirkan normal . Menurut bapanya Zahidi Azhar, anaknya menghidap kanser mata di mana mata sebelah kanan tidak boleh lagi digunakan terpaksa di buang melalui pembedahan manakala mata kiri kini telah menghampiri stage 3 kanser .

Bapanya memohon semua warga Malaysia yang prihatin berdoa agar anaknya cepat sembuh bagi menghadapi kimoterapi pada 1/5/2013 ini di Hospital Kuala Lumpur .

Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan sila hubungi 157139695983 mbb noorhayati samsudin dan sekiranya anda ingin melawat anaknya yang baru sahaja dibenarkan pulang dari hospital, bolehlah ke 279-5-7 lorong tampin 10150 Georgetown Penang .


Kenapa Pohon Gharqad Melindungi Yahudi

Malam ni mas xtau nak share ape..tibe2 mas terbace kisah ni kat facebook..so mas share ler !! selamat membaca =)
Jawapannya sudah dijawab dalam hadis tentang pohon itu, iaitu pohon Gharqad itu adalah pohon orang Yahudi. Sehingga pokok itu akan melindungi mereka dari dikejar umat Islam.
Dari Abi Hurairah ra. bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata di belakang Yahudi,” Wahai muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah! “(HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami ‘As-Shaghir no. 7414)
لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود, فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر, فيقول الحجر أو الشجر: يا مسلم, يا عبد الله, هذا يهودي خلفي, فتعال فاقتله .. إلا الغرقد, فإنه من شجر اليهود “(ذكره في: صحيح الجامع الصغير أيضا -7427)
Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, “Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohon Yahudi.” (HR Muslim dalam Shahih Jami ‘As-shaghir no. 7427)
Hadis di atas dari segi kekuatan sanadnya termasuk hadits shahih tanpa perbezaan pendapat. Dan termasuk dari tanda-tanda kenabian Rasulullah SAW yang berkaitan dengan mukjizat berkenaan peristiwa yang akan terjadi di masa yang akan datang.
Namun ada yang perkara yang kurang kita sedari selama ini. Iaitu bahawa hadis ini baru terasa relevan di zaman sekarang ini saja. Sepanjang 14 abad lamanya, setiap orang yang membaca hadis ini di zamanya, akan sedikit berkerut kening. Mengapa?
Sebab di masa mereka hidup, sejarah Yahudi tidak seperti sekarang. Mereka belum lagi menjadi sebuah “negara” super power. Keangkuran Yahudi dengan negara Israelnya belum pernah berlaku sepanjang 14 abad lalu. Keberadaannya baru muncul di abad 20 ini atau abad 14 hijrah.
Orang Yahudi sepanjang sejarah Islam, selalu berada di bawah perlindungan negeri-negeri Islam. Komuniti Yahudi selalu dimusuhi oleh semua bangsa dan negara sepanjang sejarah. Orang Yahudi pernah diseksa oleh Nazi Jerman di zaman Hitler. Hampir tidak ada tempat untuk Yahudi kecuali di dalam negeria Islam. Mereka hidup aman semas tinggal di wilayah khilafah Islam, kerana undang-undang Islam melarang memerangi ahlu zimmah (kafir zimmi).
Salah satu penguasa yang anti Yahudi adalah Sepanyol Kristian. Ketika Sepanyol dikuasai rejim Katolik, bukan hanya umat Islam yang diusir, tetapi juga kalangan Yahudi. Tidak ada satu pun tanah di dunia ini yang mahu menampung bangsa ini, kecuali penguasa muslim Turki Uthmaniyah.
Maka selama 14 abad lalu, hadis ini cukup menghairankan umat Islam. Bagaimana mungkin umat Islam yang selama ini melindungi bangsa Yahudi serta mengharamkan darah mereka, lantaran mereka termasuk ahlu zimmah, tiba-tiba akan memerangi Yahudi sampai mati. Bahkan batu dan pohon akan memerintahkan umat Islam untuk membunuh mereka juga.
Teka-teki hadis ini baru terjawab pada tahun 1948, ketika masyarakat Yahudi dunia melakukan pencerobohan dan menjajah sebuah negera Islam merdeka, Palestin. Pada tahun 1967 semakin jelas lagi hadis ini, kerana ternyata komuniti Yahudi yang selama 14 abad hidup di bawah perlindungan, asuhan dan kerahiman umat Islam, tiba-tiba berubah menjadi serigala liar yang mengakibatkan perang Arab-Israel.
Barulah di masa sekarang ini hadis ini menjadi lebih bererti, setelah terbongkarnya misteri. Ternyata Yahudi yang selama ini hidup di bawah asuhan dan kasih sayang umat Islam, tiba-tiba menjadi makhluk buas pembunuh nyawa.
Dan menarik untuk diperhatikan, bahawa Yahudi sudah mempersiapkan apa yang mereka dapat di masa sekarang ini sejak sekian lama. Bahkan ada yang mengatakan sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Konon terbentuknya negara-negara super power, penjajahan barat atas dunia timur, naiknya para pegawai masing-masing di negara kuasa besar, semua tidak terlepas dari sinario mereka. British di masa lalu dan Amerika di masa sekarang, tidak lain hanyalah alat yang disiapkan untuk mewujudkan cita-cita pembentukan Israel.
Kerana itu mustahil meminta Amerika untuk menekan Israel agar menghentikan serangan mereka ke negeri Islam. Adanya hak veto di PBB semakin membuktikan bahawa PBB pun termasuk bahagian dari alat yang dicipta oleh mereka.
Kepastian Kekalahan Yahudi
Selain misteri hadis ini di abad 14 hijrah, hadis ini sangat tegas menyebutkan kepastian kehancuran bangsa pengingkar Allah dan nabi ini. Bahkan pohon dan batu pun akan ikut membantu umat Islam dalam menumpaskan mereka.
Kerana itu, hadis ini juga menjadi penghibur derita, pelipur lara dan penjanaan harapan buat umat Islam yang sempat merasakan kebengisan Yahudi secara lebih nyata. Bahawasanya Israel yang bukan manusia itu pasti akan dikalahkan, mati kutu dan mati. Ini adalah sebuah kepastian, kerana yang berkata bukan sebarang orang. Yang berkata adalah seorang yang paling dekat kepada Allah SWT, iaitu Nabi Muhammad SAW.
Yang menarik juga, di dalam hadis ini Rasulullah SAW menyebutkan sebuah nama pohon, iaitu Gharqad. Pohon ini milik Yahudi, sehingga kalau ada Yahudi sembunyi di baliknya dari kejaran umat Islam, pokok ini tidak akan berbicara. Sebaliknya, pokok ini akan melindungi Yahudi, kerana pokok ini milik mereka.
Dan mengapa pohon gharqad itu melindungi yahudi?
Benar bahawa semua benda itu ciptaan Allah. Seharusnya semuanya tunduk dan patuh kepada kehendak-Nya. Bukan hanya pohon, bahkan tanah, langit, bumi, dan semua kandungannya, tunduk kepada Allah, baik secara terpaksa mahupun secara sukarela.
Sebenarnya jin kafir atau Iblis sekalipun, juga makhluk ciptaan Allah. Kalau Allah kehendaki, boleh saja Iblis tidak kafir. Kalau Allah kehendaki, boleh saja tidak ada senario Iblis ingkar atas perintah Allah SWT untuk sujud kepada Adam alaihissalam.
Tapi yang kita tahu, semua itu adalah kehendak Allah SWT. Sehingga kita dapati Iblis melakukan tindakan kemungkaran yang dilarang, bahkan membangkang terhadap perintah Allah SWT. Kalau pakai logik anda, seharusnya Iblis tidak boleh membangkang, bukankah dia itu makhluk Allah?
Tetapi sekali lagi, kita beriman kepada Allah SWT dan juga kepada sifat-sifat-Nya. Dan salah satu sifat Allah SWT adalah berkehendak. Di antara kehendak-kehendak Allah itu, Allah SWT ternyata menghendaki Iblis membangkang. AKan tetapi bukan pada tempatnya untuk mempersoalkan Allah SWT atas setiap kehendaknya.
Dan itulah bezanya tuhan dan bukan tuhan. Tuhan itu berkehendak dan tidak perlu ditanya-tanyai latar belakang semua yang dikehendaki-Nya. Sebaliknya, hanya yang bukan tuhan saja yang boleh ditanya-tanyai kalau bertindak. Kalau kita melakukan dosa dan maksiat atau hal-hal lain yang tidak senonoh, maka kita akan disoal dan harus bertanggung-jawab, paling tidak nanti di akhirat.
Sedangkan tuhan, tidak perlu dan bukan dalam kedudukan untuk disoal siasat, mengapa melakukan ini dan mengapa melakukan itu. Sebab hakikat tuhan adalah mutlak, mutlak, tidak perlu menjelaskan apa yang dikehendaki-Nya.
Kembali ke pohon Gharqad, tentu saja bukan kafir. Sebab istilah kafir itu hanya berlaku untuk dua jenis makhluk saja, iaitu jin dan manusia. Selebihnya semua tunduk kepada apa yang Allah kehendaki.
Maka pohon Gharqad itu kalau kita lihat dari kacamata hakikat, sangat tunduk kepada Allah. Tunduk kepada senario dari Allah untuk menjadi pohon yang melindungi Yahudi di akhir zaman. Tetapi tidak perlu kita anggapkan sebagai pohon kafir.
Yang kafir itu hanyalah Yahudi, iaitu mereka ingkar dan membangkang dari ketentuan Allah SWT yang bersifat formal. Akhirnya nanti Yahudi akan masuk neraka semuanya dan tidak keluar lagi dari sana selamanya. Kecuali Yahudi yang bertaubat dan sempat masuk Islam, maka mereka adalah saudara kita.

Seronok berdikari - Juliana Evans

Beberapa hari sebelum bertolak ke Chicago, Amerika Syarikat, penulis menghubungi Juliana Evans untuk bertanya sama ada dia dapat meluangkan masa untuk ditemubual.


Pelawaan itu disambut baik peminat tegar muzik rock ini, malah penulis terharu apabila dia sanggup memandu selama empat jam ke Chicago. Timbul rasa bersalah apabila tayar keretanya pancit ketika dalam perjalanan.
Seakan-akan memahami rasa bersalah yang berselirat di hati, Jue segera mengatakan tak mengapa. Katanya, bukan jauh Michigan ke Chicago, ­lagipun dia sudah biasa ke kota ketiga terbesar di Amerika itu.

Kekal mesra seperti dulu, Jue ramah menjawab setiap soalan diajukan, malah ceria berkongsi rutin hariannya sebagai pelajar. Katanya, ber­ada jauh di perantauan membuatkan dia faham apa itu makna berdikari.
Jika sebelum ini dia tidak pernah melakukan kerja rumah, namun lebih se­tahun melanjutkan pengajian di Universiti Western Michigan di Kalamazoo, Michigan, si cantik ini boleh memasak, membasuh serta melipat pakaian.

Akui Jue, lama juga dia mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, bahkan dia pernah dihantui perasaan tertekan apabila terpaksa tinggal sendirian tanpa keluarga di sisi.

Jika sebelum itu ini ditatang bagaikan minyak penuh, segala-galanya berubah apabila terpaksa melakukan semua perkara tanpa bantuan ibu atau ayah.

“Ketika tinggal dengan keluarga, semua perkara mama yang uruskan, termasuk pakaian serta makan minum. Jujur, saya tak pandai masak dan tak pernah buat kerja rumah. Namun apabila tinggal sendirian di Michigan, semua kena buat sendiri.

“Mula-mula tiba di sini (Michigan), saya tertekan sebab banyak benda kena buat dalam satu masa. Kebetulan pula banyak masalah datang. Ketika itu memang saya menangis. Bayangkan daripada tak tahu buat apa-apa, saya kena uruskan itu ini.

“Bagaimanapun, saya bersyukur ada rakan yang ajar dan bantu. Lama-kelamaan saya dapat sesuaikan diri. Saya belajar duduk sendiri, beli kereta dan insurans, bayar sewa rumah, memasak, membasuh pakaian dan mengemas rumah.

“Sekarang tak ada masalah lagi. Saya rasa seronok pula apabila dapat berdikari. Fikiran pun tenang, malah fokus saya hanya terhadap pelajaran,” katanya.

Meskipun sibuk dengan kuliah, Jue mencari ruang menghadiri uji bakat teater anjuran universiti, bahkan aktif menyumbang tenaga serta idea dalam menjayakan aktiviti anjuran persatuan pelajar Malaysia.

Katanya, pendekatan itu bukan saja dapat melepaskan kerinduannya terhadap dunia lakonan, malah mempraktikkan apa dipelajari dalam kelas.

“Jadual harian saya padat. Habis kelas, saya sibuk dengan teater dan aktiviti anjuran pelajar Malaysia. Jika sebelum ini saya berlakon, di sini saya jadi tenaga kerja belakang tabir dengan menjaga prop.

“Saya belajar potong kain dan jahit kostum pelakon. Ketika menuntut di tingkatan satu, saya belajar asas jahitan dalam kelas Ekonomi Rumah Tangga.

“Bila tiba hari persembahan, terkejar ke sana-sini pakaikan baju barisan ­pelakon. Kemudian saya kena bersihkan baju itu. Walaupun penat, saya puas. 

Gembira rasanya bila orang suka kostum yang saya jahit.

“Kalau nak tahu, di sini ada ramai pelajar Malaysia. Kami selalu berjumpa dan saya akan babitkan diri dengan aktiviti anjuran persatuan serta universiti, lebih-lebih lagi jika ia ­menonjolkan budaya Malaysia.

“Sebelum ini saya pernah jaga gerai Malaysia dan terbabit dengan pertunjukan fesyen, di mana saya menggayakan cheongsam dan tampil sebagai pengacara.

“Saya juga mengarahkan beberapa video untuk malam persembahan bagi persatuan dan juga kampus. Terbaru, saya terbabit ­dengan program Midwest Games 2013,” katanya.


Tawaran berlakon melalui Facebook

Pertemuan dengan Jue memberi ruang kepada penulis untuk menyelami hatinya. Tidakkah dia takut tinggal sendirian di kejiranan yang sering berlaku jenayah.

Jue berkata, dia sentiasa berwaspada kerana sedia maklum bahaya tidak mengenal tempat dan masa. Berita beberapa kawasan diserang pengganas, termasuk dibom, membuatkannya lebih berhati-hati ketika keluar dari rumah.

Katanya, pernah tahun lalu ketika mengikuti kuliah, dia dikejutkan dengan bunyi siren amaran torpedo. Berikutan amaran itu, semua pelajar diarah berkumpul di kubu perlindungan bawah tanah.

“Hanya Tuhan tahu betapa takutnya saya dan segera menghubungi rakan minta sampaikan pesanan saya sayangkan ibu jika apa-apa berlaku kepada saya.

“Siapa tak kecut perut bila dengar ada kawasan dibom pengganas. Itu belum campur kes jenayah lain di kawasan tempat saya tinggal. Boleh dikatakan setiap malam ada bunyi siren kereta polis.

“Bagaimanapun, perasaan takut itu tidak sampai terbawa-bawa. Yang penting, kita kena berhati-hati. Setakat ini saya biasa berjalan seorang diri.

“Andai rasa tidak sedap hati, saya minta rakan temankan. Syukur saya dikelilingi rakan yang baik dan sudi membantu bila-bila masa,” katanya.

Mengenai kehadiran insan istimewa di sampingnya kini, Jue menegaskan, dia belum bersedia menjalin hubungan serius dengan mana-mana lelaki. Katanya, bukan menolak cinta, namun belum ada jejaka berjaya membuka pintu hatinya.

“Sebelum ini ramai ingat saya bercinta dengan Zizan. Sebenarnya, dia kawan baik saya. Kami masih berhubung, malah kalau ada apa-apa soalan, cerita atau gosip terbaru, dia akan cakap dengan saya. Sebagai kawan, saya sentiasa doakan yang terbaik buatnya.

“Sebelum ini timbul cerita kononnya saya ada teman lelaki mat saleh. Macam-macam spekulasi tidak enak keluar apabila ada gambar saya dan seorang rakan tersebar di Internet. Orang tak tahu cerita sebenar dan terus buat kesimpulan dia teman lelaki baru saya, walhal dia hanya kawan.

“Harap selepas ini tiada lagi spekulasi seperti itu kerana kalau ada teman lelaki, pasti saya akan maklumkan,” katanya.

Suka meluncur salji, memandu bot, berbasikal dan menyaksikan persembahan gig jika ada kelapangan, Jue akui tidak dapat bercuti di tanah air pada musim panas ini kerana menghadiri kelas dan hanya akan pulang tahun depan.

Katanya, dia suka mengembara dan mempelajari budaya dari pelbagai negara. Jue juga tidak melepaskan peluang meneroka bumi Amerika. Setakat ini dia sampai ke Chicago, New York, Detroit, Florida dan San Francisco.

“Sebenarnya impian saya mahu menyambung pengajian di San Francisco, tetapi hajat itu tidak kesampaian. Saya tetap bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki ke Michigan.

“Saya juga terharu kerana tawaran berlakon tidak pernah putus walaupun ramai sedia maklum saya kini melanjutkan pengajian di luar negara.

“Kebanyakan produksi men-ghubungi saya menerusi laman sosial Facebook, bahkan ada yang menyampaikan pesanan kepada rakan artis yang berhubung dengan saya.

“Alhamdulillah, masih ramai ­ingat saya apabila tawarkan watak dalam drama dan telefilem. Melihat tawaran, saya rasa bersemangat untuk habiskan belajar secepat mung­kin. Tak sabar rasanya mahu aktif berlakon semula,” katanya.

Apa pun, rindu Jue untuk berlakon terubat sedikit apabila ter­babit ­dengan penggambaran telefilem New York Cinta terbitan produksi Liyana Jasmay (LJ) yang diarahkan Ghaz Abu Bakar.

Sepanjang tiga hari berkampung di New York, Jue sangat seronok dapat beraksi dengan LJ dan Bront ­Palarae. Telefilem ini akan ­ditayangkan menerusi saluran ­Astro.

“Habis belajar nanti, saya bukan saja mahu teruskan karier sebagai pelakon dan pengacara, tetapi juga pengarah. Saya akan bermula dengan ­mengarah video muzik dan filem pendek,” katanya.

Nenek mati dipukul cucu tak siuman



Ibu suspek turut cedera dibelasah
Tumpat: Seorang lelaki yang kurang siuman mengamuk dan memukul neneknya hingga mati, manakala ibunya turut cedera dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Pasir, Pekan Hilir, Wakaf Baharu, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip, berkata Che Minah Hassan, 84, meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di muka selepas ditumbuk cucunya yang berusia 35 tahun itu dalam kejadian pada kira-kira jam 7 pagi. 

Datang untuk sarapan 
Dalam kejadian itu, Rahimah Che Will, 60, cedera di mata kiri kerana dipukul.
Che Minah dikatakan datang ke rumah suspek untuk bersarapan, maut berhampiran dapur rumah akibat kecederaan parah di kepala.

Suspek sebelum ini pernah dirawat di Hospital Tanjung Rambutan, Perak dan Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, beberapa tahun lalu.

Tinggal berhampiran
Difahamkan, Che Minah yang tinggal berhampiran tempat kejadian datang ke rumah itu kerana anaknya, Rahimah akan menyediakan sarapan setiap hari untuknya.

Anak saudara suspek, Farish Danish Farid, 8, yang ketika itu berada di tingkat atas rumah berkenaan berkata, dia terdengar bapa saudaranya menjerit dan apabila meninjau didapati suspek sedang memukul mangsa.

“Saya nampak dia pukul Mek (moyang) dan Tok Mah (nenek)...saya tidak berani turun,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menantu Che Minah, Mohd Ghani Zakaria, 46, berkata, selepas mendengar jeritan tidak jauh dari kediamannya, dia segera menuju ke tempat kejadian dan cuba membuka pintu, namun dihalang suspek.

“Ketika itu, saya sedang bersiap untuk pergi kerja sebelum mendengar jeritan suspek, saya terus pergi ke tempat kejadian dan cuba membuka pintu di bahagian tepi rumah, tetapi suspek marah dan suruh saya keluar.

Hubungi polis

“Bimbang dengan kejadian itu, saya segera menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tinggal di belakang rumah suspek.

Polis menahan suspek tidak lama selepas kejadian itu untuk membantu siasatan dan mayat Che Minah dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat, manakala Rahimah dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Ditindih Ketika Tidur - Sleep Paralysi



Anda sedang tidur dan anda ingin bangun dari tidur, tiba - tiba badan anda tidak dapat bergerak, otak anda menghantar isyarat untuk bergerak tetapi kaki dan tangan tidak bergerak walau seinci. Semakin anda meronta, semakin susah anda bergerak. Anda ingin menjerit, tetapi suara anda tidak dapat dikeluarkan. Terasa seperti anda sedang ditindih sesuatu.Sesiapa yang biasa pernah kena?

Inilah situasi berlakunya Sleep Paralysis.Suatu fenomena yang sukar dibuktikan oleh akal manusia. Setiap manusia dikatakan 80% mengalami fenomena Sleep Paralysis ini. Di Newfoundland, ianya dikenali sebagai 'Old Fag', di Hong Kong ianya dipanggil 'Penindasan Hantu', di Jepun, ianya diberi nama sebagai 'kanashibari' dan Mexican mengelarkannya sebagai 'a dead body climbed on top of me'
Kini penyelidik sains cuba membuktikan fenomena ini menggunakan logik sains dan akal. Mengikut artikel 'The Psychologist' yang aku baca, Sleep Paralysis akan berlaku ketika itu minda manusia tersangat letih, tabiat tidur yang tidak teratur, kurang tidur serta peralihan kerja sebelum tidur.

Apabila minda manusia berada pada situasi tadi, dikatakan manusia berada dalam stage 'Rapid Eye - Movement (REM)' dimana sebenarnya kita dalam keadaan sedar semasa sleep paralysis berlaku. Ketika kita tidur, minda berada dalam keadaan relaks dan otot - otot badan juga dalam keadaan yang tenang. Namun apabila kita terjaga dari tidur secara tiba - tiba, ianya mengganggu process kitaran tidur menyebabkan otak memprocess dalam keadaan koma dan impluse saraf tidak sampai ke otot - otot badan untuk bergerak.
Menurut David McCarty, seorang pengkaji fenomena tidur di Louisiana State University Health Sciences Center's Sleep Medicine Program, menerangkan, ketika manusia tidur, mereka cenderung untuk memikirkan tentang pelbagai perkara (berangan) dalam bentuk berperingkat dan disusun seperti plot dalam penceritaan. Jadi apabila mereka dalam keadaan tidak sedar, setiap motor sensory dalam badan akan berinteraksi dari tindak balas angan - angan tadi sehingga satu tahap dimana terlalu banyak signal dihantar ke otak menyebabkan badan mereka menjadi lumpuh sementara (dikenali sebagai atonia).

Pelbagai andaian dan kajian dibuat bagi menyelidik fenomena sleep paralysis ini. Namun bagi umat Islam, kita mempercayai setiap kejadian yang Allah tetapkan adalah bersebab. Budakserius ada bertanya kepada seorang ustaz bagaimana untuk mengelakkan diri dari dihimpit atau ditindih ketika tidur, simple saja jawapan beliau, ambillah air sembahyang dan bacalah "Ayat Al -Kursi" sebelum tidur.

Mana mak??




Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”


Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan
yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak
Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook.
Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di
mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan
hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari
sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka
di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat
nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah
apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua
anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .


Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak
kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana
sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari
jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum
berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak,
Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta
anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak
Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan
seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir
Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak
tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak
Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis
tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik
anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun
apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna
merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak
yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung
mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak
melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit
lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung
dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda
tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk
bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat
berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh
koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak
bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana
masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat
keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya
anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak
makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan
hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih
mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap
begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah
Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak
rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.


Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak
jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata
semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak
yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit
kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak
akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang
menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput
Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak
ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita
mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan
masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita.
Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau
kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat
bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar.
Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik
masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat
Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik
menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan
Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak
yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa
Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone
berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.


Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak
pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu
ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,


"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak
Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah
itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan
jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap
waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati
anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di
tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu
bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana
mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah
pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah
hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian.
Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan
Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu.
Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi
namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke
akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak.
Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua
dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah.
Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan
anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu
memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan
dari ibu tanpa berjawab?


BAHAYA : Kepak dan leher ayam - Terutama golongan Wanita


Tahukah anda? Kepak dan leher ayam yang dimakan oleh kita itu mengandungi suntikan hormon steroid yang mana hormon ni kebiasaan nya disuntik di bahagian kepak dan leher ayam untuk menggalakkan tubuh haiwan ternakan cepat membesar dalam waktu yang singkat.

Dan oleh kerana permintaan terhadap ayam ternakan semakin meningkat, maka penternak2 yang bersikap tamak yang ingin meningkatkan hasil jualan mereka dan ingin mengaut untung dengan kadar segera telah menyuntik ayam2 ternakan tersebut dengan dos steroid yang banyak.
Siapa di kalangan pembaca semua yang suka makan kepak ayam?
 Jika anda wanita, HATI-HATI..!!

Pertumbuhan sista (cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah benar, seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketubuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalah yang dihadapi. Semasa rundingan, doktor bertanyakan soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam. dan Beliau menjawab ya...tertanya-tanya tentang bagaimana doktor tersebut tahu tabiat makannya.

Sebenarnya pada hari ini, ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada  keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista di dalam rahim.

Oleh itu, dinasihatkan orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

Walaubagaimanapun, bukanlah tidak boleh langsung untuk makan kepak or leher ayam, cara terbaik untuk menghilangkan keraguan kita terhadap kesan hormon semulajadi dalam ayam ternakan ialah dengan MEMBUANG KULIT AYAM DAN MEREBUS DAGING AYAM DENGAN SEMPURNA

Beringatlah sebelum terkena.!!!!

Wallahu a'lam


Ur mom carried u in her womb for 9 months.
She felt sick 4 months with nausea.
She watched her feet swell & her skin
stretch & tear. She struggled 2 climb
stairs, she got breathless quick,...She
suffered many sleepless nights. She
then went through excruciating pain 2
bring u into this world.
Then, she became ur nurse, ur chef, ur
maid, ur chauffeur, ur biggest fan, ur
teacher, & ur best friend.
She's struggled 4 u, cried over u,
hoped d best 4 u, & prayed 4 u.
Most of us take our mom 4 granted.
But there r people who have lost or
never even seen theirs.
If you have a loving Mother who did all
of this for you, you are very lucky,
never devalue her worth because one
day, you'll wish you hadn't!.
To every women who is a mother, and
to every other women who is going to

be one day.




 Bagi saya, setiap hari adalah hari ibu...