Cara Sengal Untuk Cover Malu



1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai…lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak…

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus…

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan….

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat..”oi! apa tolak-tolak ni?” walaupun tiada orang di blakang anda….

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu…haa…ni lah masa sesuai untuk bangun semula….

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu…ye tak?.

8. Kalau anda diketawakan rakan kerana tidur di ofis sampai terkeluar air liur basi, anda hendaklah bangun dalam keadaan separuh sedar kemudian buat-buat seperti terkena sawan sambil keluarkan lebih banyak air liur. Dijamin rakan anda akan panik dan berhenti ketawa.

9. Kalau anda tersilap tegur orang yang tak dikenali, teruskan menegur dan keluarkan duit seperti anda berhutang dengannya. Mesti dia akan mengaku anda kenalannya.

10. Jika anda ditegur rakan kerana zip seluar terbuka, jawablah dengan selamba badak bahawa “inilah gaya fesyen terbaru”ataupun katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsampah “biar rosak zip, jangan rosak akhlak!”.

11. Kalau anda bercakap seorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik! Teruskan bercakap dan ketawa seorang diri seperti pontianak harum sundal malam sambil menyumpah member anda. Tiada orang yang akan gelakkan anda kerana menyangka anda ada masalah mental yang kronik.

12. Jika anda tersalah masuk tandas wanita, apa yang perlu anda buat adalah buat muka gelabah biawak dan cemas kalau boleh beraksi macam biawak sambil berlakon ingin mencari isteri yang masuk tak keluar-keluar selepas sejam menunggu.


Selamat mencuba..Chaiyok !!

No comments:

Post a Comment