Lisdawati Kini Bertudung Tetapi Akan Membukanya Jika Tawaran Lakonan Meminta Berbuat Demikian


Pasti berat hati pelakon Lisdawati ini tatkala berhadapan dengan situasi yang memaksa dirinya untuk membuka tudung demi mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga. Manakan tidak cabang lakonan sahajalah yang menjadi punca rezeki utama Lisdawati membesarkan anak-anak. Namun sebagai seorang ibu hati mana yang tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan mencari keredhaannya.



“Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.
“Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju yang seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh.
“Ini semua datang daripada diri saya sendiri dan saya buat perlahan-lahan kerana niat saya adalah untuk berubah kearah yang lebih baik dan ia bukan boleh dibuat dengan sekelip mata.

Namun begitu jelas Lisdawati lagi, niatnya untuk terus kekal bertudung mungkin akan sampai kerana sekarang pun dia sudah mulai berjinak-jinak dalam perniagaan sebagai sumber pencarian untuk masa akan datang.

3 comments:

  1. hurmmm...susah kita nak pertikaikan sbb dia mencari rzki dlm dunia hbrn.tapi kalau kejap pakai kejap tak huh...ntah ler..

    ReplyDelete
  2. hemm.. xtau nk komen apa.. nape plak kjp btudung kjp x? mgkin lisdawati dh kena buat bisnes sendiri dan kurangkan aktivii lakonan kot.. kecuali utuk rancangan berbentuk muslimah..

    ReplyDelete
  3. salam. ALLAHuakbar. alhamdulILAH. syabas. bkn snang utk kluar dr zon yg tlh dilalui, apa lagi dgn pndangan org skliling, pasti alami kjutan. itulah hidup insan pasti diuji sblm dpt ganjaran enak dr ALLAH. maka pngharapan kakiki pd NYA dgn akur printah & larangan NYA. istiqomah dgn brtudung. ushakan rezki yg x prlu buka tudung, puan akan brjaya insyaALLAH. tahniah juga kpd suami puan.

    ReplyDelete