OMG ! Lelaki Yang Tiada Muka !


Setelah mengalami kemalangan yang mengerikan pada tahun 2008 kerana terbakar akibat kejutan elektrik kabel voltan tinggi, Dallas Wiens, 25, Texas, sedang menunggu untuk dilakukan transplan (pembedahan pemindahan tisu) muka untuk menjadikan wajahnya seperti orang normal. Doktor yang membantu dalam pembedahan pertama berjaya mengalihkan sebahagian daripada kulit dan otot-otot belakang wajahnya, namun ia masih belum dapat melihat, bau dan makan.

Ini adalah gambar sebelum kecelakaan berlaku...


Dallas, berada selama enam bulan di hospital, telah membuat berpuluh-puluh pembedahan, dan menghabiskan 3 bulan dalam keadaan koma, sekarang menunggu untuk menjadi orang ketiga di Amerika untuk dibuat transplant.
Wiens mengakui bahawa “I miss my view,” tetapi “apa yang saya lebih rindukan adalah perasaan wajah saya dan rasa bau saya.
Sekali pun doktor berjaya menampal kulit dan otot yang diambil dari punggung dan pehanya di atas tengkoraknya yang hangus, dia menjadi seperti manusia tanpa wajah. Selain buta sama sekali, Dallas juga tidak memiliki hidung, bibir, alis, dan hanya meninggalkan janggut di dagunya.

Sambil menunggu pembedahan wajah lagi dia pernah mengucapkan “I see every day as a challenge, an opportunity for hope and joy. I’m happier now than I think I’ve ever been in my life”

Salah satu impian Dallas yang berusia 27 tahun ini dia dapat merasakan ciuman dari anak perempuannya.

Hebat lelaki ini yang terus bersemangat dan bersifat optimis walaupun sudah tiada wajah.

p/s:Kepada yang lain itu, hargai nyawa dan hidup anda tu...Kita xkan tau apa yang akan berlaku pada keesokkan hari.



11 comments:

  1. sungguh besar dugaan untuk dia..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah. Semoga dia dapat melihat dan menghidu semula :)

    ReplyDelete
  3. hye sis.kadang2 kak lea risau tgk org2 yg rasa dia hensem/cantik hingga pdg rendah pd org lain,sbb Allah akan menguji hamba-Nya tanpa diduga.semasa masih semourna hargailah semuanya dgn cara terbaik dan kena tutup mana yg patut he2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol kak ! saya sokong 100%. kadang2 org2 yg rasa dia hensem/cantik selalu lupa nk bersyukur atas ape yg diorang miliki...Dan apabila Allah menarik nikmat tersebut, barulah rasa menyesal....

      Delete
  4. hargailah apa y ada pada kita :) alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Ya Tuhan, Syukur dengan apa yang aku ada. Moga dia menjadi lelaki yang tabah! In shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah :) sungguh besar dugaan untuk dia...

      Delete
  6. kasihan dia.. tapi memang tabik sebab semangat dia kuat.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun bagi tabik springg kat dia.. Semangat dia sangat kuat =)

      Delete