Kangkung dan lintah? Apa kena mengena kangkung dengan
lintah? Mungkin masih ramai belum tahu mengenai pembunuh dalam diam ni.
Kangkung sememangnya sedap dimakan, lagi-lagi batangnya yang rangup itu.
Sebenarnya dah ada kes orang meninggal dunia kerana termakan lintah yang
bersembunyi didalam batang kangkung.
Beberapa tahun lepas, seorang anak kecil menderita sakit
perut setelah dua hari menderita diarrhea (cirit-birit). Doktor mulai bingung
kerana sudah bermacam-macam jenis ubat sakit perut diberikan kepada anak itu
namun diarrhea yang dialaminya tidak juga sembuh.
Setelah dikaji, malam tersebut anak kecil itu makan kangkung
di sebuah restoran. Doktor segera melakukan x-ray dan mendapati lintah telah
pun membiak didalam ususnya.
Hanya dalam masa yang teramat singkat, lintah tersebut telah
membiak dengan banyak dan menghisap darah yang ada dalam tubuh mangsanya.
Doktor menjadi bingung bagaimana untuk mematikan lintah-lintah tersebut kerana
beliau takut untuk mengambil risiko yang mungkin menyebabkan kematian.
Akhirnya anak kecil malang itu meninggal dunia. Setelah
dikaji, ternyata lintah itu sememangnya sudah ada di dalam batang kangkung yang
besar. Lintah yang ada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau
dimasak selama mana pun. Ianya hanya akan mati jika dibakar.
Kisah ini bukanlah untuk menghalang anda makan kangkung atau
apa jua jenis sayuran. Cuma di sini kami mahu mengingatkan anda supaya lebih
berhati-hati dan memilih kedai makan. Bukan cerewet tetapi demi kebaikan
bersama. Pastikan kedai yang anda pilih itu menyediakan makanan yang bersih dan
segar.
Kalau boleh elakkan makan batang sayur yang berlubang untuk
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada diri anda.Akan tetapi,
adalah lebih bagus jika anda masak dan makan sendiri di rumah. Sekurang-kurangnya,
anda tahu dan yakin akan kebersihan sayur itu. Jadi anda buatlah keputusan
kerana anda mampu mengubahnya!
wah seram geli takut huhu.kak lea sllu msk sdri kangkung kt rumah,fav anak2.lepas ni tak mau lah order sayur kangkung kalau makan kt luar yarkkk...
ReplyDeletetu laa pasal..meremang bulu roma bila sy bce entry tu..
Delete