Ada Kelemumur? Ikut petua ni !!

Haii korang. hari ni aku nak share sikit tips nak kurangkan kelemumur yang bermaharaja lela atas kepala kita. kelemumur ni biasanya menjadi satu masalah kepada gegirl especially yg bertudung sbb seksa kan ada kelemumur ni. Gatal yang amat ! rasa nak tonyoh2 je kepala kat jalan raya. hehehe tapi kaum adam pun apa kurangnya. korang pun mesti pernah ada masalah kelemumur kan ! jangan buat tak nak mengaku plak :)) so search punya search , aku jumpa sedikit petua atau tips yang boleh kita amalkan untuk mengatasi masalah kelemumur tersebut. Selamat mencuba k =D



---> Daun inai dan serbuk teh
Ambil segengam daun inai dan satu sudu serbuk teh dan gilis kedua-duanya sekali sehingga lumat. Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan biarkan ia kering selama satu jam dan kemudian bersihkan. Amalkan petua ini sebaik-baiknya tiga kali seminggu sehingga kelemumur berkurang.

---> Air limau
Bagi anda yang mempunyai luka di kulit kepala, tips ini mungkin kurang sesuai kerana air perahan limau kalau terkena pada luka mungkin akan menyebabkan luka di kulit kepala berasa sangat pedih. Tetapi bagi anda yang tiada masalah tu, bolehlah cuba petua ini. Amalkannya sehingga kelemumur berkurang.
p/s : yang tips ni, aku pernah cuba tau.. memang berkesan ler ! gerenti kelemumur hilang n rambut korang pun jadi wangi semerbak limau :))

---> Daun pandan
Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua dan tumbuk sehingga halus dan campurkan dua gelas air. Kemudian tapiskan bahan tersebut dan sapukan pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan ia kering selama 30 hingga 60 minit kemudian bilas dengan air mengalir. Daun pandan boleh mengurangkan masalah kelemumur dan juga membuatkan rambut menjadi wangi.

---> Santan
Menggunakan santan kelapa adalah salah satu petua tradisional yang diamalkan sejak turun-temurun. Selain mengurangkan masalah kelemumur, santan juga akan membuatkan rambut menjadi lebih sihat dan kuat!



10 comments:

  1. haiii, singgah utk komen, folow dan baca entry...bgs2 petua nie, tq coz share ngn kami...senang2 dtg blog sy pula, jgn luper folow...salam ukhwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sbb dah support.hihihi In sya Allah sy akan balas kunjungan ni sambil follow back k :-) salam ukhwah

      Delete
  2. baru tahu pandan boleh guna untuk masalah kelemumur. yang limau tu rasa cam menakutkan ja. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna limau tu mmg scary cket sbb kepala kita akn rasa pedih . Tp pedih kejap je. Hehehe gerenti puas hati punya ;-)

      Delete
  3. pernah cuba guna inai dengan santan.. tapi sekali je.. sebab malas.. hahaha.

    ReplyDelete
  4. guna santan tu memang akan hilang...tp kena syampu banyak kali sikit untuk hilangkan bau busuk kelapa tu..hee

    tips yg berguna :)

    ReplyDelete