✿ Saya tahu saya TIDAK CANTIK ✿

Saya tahu saya TIDAK CANTIK..tapi, walaupun saya tidak cantik..saya tetap ada
KELEBIHAN :
✿~ Kerana saya tidak cantik..saya tidak jadi MANGSA gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya dapat PELIHARA DIRI saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya SELAMAT daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya TIDAK MENGHARAPKAN pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita..
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui "INSAN" yang IKHLAS MENCINTAI saya seadanya..
✿~ Kerana saya tahu..saya tidak cantik pada pandangan manusia..maka saya akan BERUSAHA agar kelihatan CANIK pada PANDANGAN ALLAH..kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar..tetapi KECANTIKAN di AKHIRAT kelak..

>>> CANTIK itu adalah apa yang Allah kata cantik..bila Allah SWT suruh TUTUP AURAT, maka tutup aurat itulah cantik..bila Allah SWT menyuruh kita BERADAB SOPAN, maka beradab sopan itulah cantik, bila Allah SWT suruh kita menjaga MALU, maka menjaga malu itulah cantik..
INDAHNYA perancangan dari Allah... 

Cinta Express Maya.





Peah suka online. Di mana-mana sahaja pasti dia online. Sedang Peah online di biliknya, tiba-tiba:

" Assalamualaikum."

Seorang muslimin menegurnya melalui laman chatnya. Peah terkejut kerana tidak pernah pula ada muslimin menghantar mesej kepadanya. Dia mula terfikir, sekiranya tidak balas, pasti muslimin ni kata dia sombong. Lalu dia pun balas mesej muslimin tersebut.

Lalu bermulalah sesi berkenalan di antara mereka. Daripada berkenalan, mulalah timbul bibit cinta di antara mereka.(Ye ke?)

Pada suatu malam, muslimin yang bernama Senget itu menghanta mesej kepada Peah:

Senget: Peah, ana nak beritahu sesuatu boleh?

Peah: Ok, beritahulah.

Senget: Ana suka dekat enti.

Maka kembanglah separuh mati si Peah mendengar pengakuan Senget. Sukanya tidak terkata. Maka dengan rela hatinya, si Peah pun mengaku bahawa dirinya juga sukakan Senget. Suka bukan kepalang Syaitan apabila melihat kedua anak Adam itu punya masalah hati.

Dari situ, mulalah daripada hanya on9 di FB, mesej di telefon dan seterusnya bercakap melalui telefon. Sungguh tiada lagi kethiqahan yang ada. Ramai juga yang cuba menasihati si Peah, namun responnya agak mudah.

" Suka hatilah, lagipun dia sudah janji untuk kahwin dengan saya. "

Semua mula menjauhi Peah. Peah pula lebih suka bersendirian dengan telefonnya bertemankan pemasalah hatinya.

Tak lama kemudian, ada perubahan yang berlaku pada Senget. Seperti sudah berubah hati membuatkan Peah mula bimbang dengan apa yang bakal terjadi. Dia cuba untuk menghubungi Senget, namun respon Senget sangat menghampakan.

" Ana sibuklah, enti janganlah kacau."

Pada mulanya Peah mampu menerima semua alasannya, rindu bukan kepalang dan sakitnya hati menahan rindu. Lalu dia berdoa:

' Ya Allah, sekiranya ada yang berubah hati, biarlah dirinya kerana aku tidak mahu ditangisi.'

Allah itu Maha Bijaksana. Terbongkarlah rahsia yang sebenarnya bahawa si Senget sebenarnya merupakan tunangan orang. Si Peah hanya mampu tersenyum dalam sendu memikirkan nasib yang ditimpanya. Inilah balasan buat dirinya yang terlalu leka dengan cinta dunia.

Peah mula bersendirian dan menjauhkan diri dengan orang lain. Namun dia bernasib baik kerana Allah mengurniakan dia sahabat-sahabat yang baik. Sahabatlah yang memberi penguat kepadanya. Ibu bapanya juga membantu.

Cinta express maya. Walaupun hanya on9, ia tetap menjadi satu permasalahan di hati yang sangat kronik.

smile ; it's the best therapy

senyumlah walaupun diri kita selalu disakiti . 
senyumlah walaupun kita sering berhadapan dengan masalah.
suatu senyum yang iklas dan menceriakan adalah ibadah . senyumlah ! kerana senyum itu tidak mahal . 
mungkin kita tak dapat membantu seseorang itu dengan wang ringgit ketika mereka diselubungi kesusahan hidup, namun dengan senyuman yang ikhlas mungkin sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan dan kedamaian jiwa kepada orang lain . jadi senyum lah :)

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.
Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

Jangan tertipu di sebalik kesedapan dan keenakan MAGGI. Meh sini baca jap !!


Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..Di tambah pulak dengan telur, mmg kaw kaw la kan? 

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

  • Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
  • Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

  •  Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

  • Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

  •  BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

  •  Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

  •  Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

  • Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.




  •  Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.



  •  Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
So conclusion, fikirlah terlebih dahulu sebelum anda makan maggi. maggi ni mmg la senang di masak n save bajet , tapi aku nak korang fikirlah effect yg akan datang ok .. ingat, kesihatan tidak mampu di beli dengan wang :) 

how these people mean so much to me (^_^)/

assalamualaikum semua. fuh berhabuk sakan dah blog aku ni. dah bape lama xupdate blog yg kusam ni . huh aku mmg buzy bak hang sekarang ni . final pun dah tinggal berapa bulan lagi . so maknanya, ada beberapa bulan lagi aku untuk berada di KOLEJ MARA KULIM tercinta ni . Perasaan aku? mesti laa xsabaq2 nak habis kat sini . aku dah xsabar nak masuk U awww. tapi takut gak sbenarnya. ye la mne lah thu tetibe aku kat U nanti, ter'culture shocked ' pulak ! haihh mintak dijauhkan dri benda2 tu smua. niat dihati sbenarnya nak update blog time lepas exam midsem aritu, tp xkesampaian sbb buzy melayan karenah anak sedara tambah pulak aku xberapa nak sihat . aku memang akan luahkan sepenuhnya masa with my family time aku kat umah. ye lah, time ni lah aku nak bergosip, bercerita sakan, berdiskus bersama adik beradikku yg laen. mklumlah, dah besar panjang semua bz dgn kerjaya masing2. so time cuti lah kita nak together gether kan :)
this is my beloved family . how these people mean so much to me. family aku xde lah besar sangat tp xde la kecik sangat .  sekarang ni bertambah lagi sorang kakak ipar . Ya Allah, semoga hubungan kami akan rapat selama- lamanya dan berikanlah kami kejayaan di dunia dan diakhirat. 
pejam celik, smua dah besar panjang . ingat lagi time kecik2 dulu , duk bgaduh sini sana. klakar pulak kalau mgimbau zaman muda2 dulu . sekarang ni smua dah kerja n kawin, kecuali aku n my younger bro yg still study .
so senang la, nak ape2, kira tadah tangan mintak je dgn diorang . hahak .  aku pun xsabaq nak habiskan my study n kerja . macam best je shopping with our own money right? baru puas hati  :) so conclusion , i love my family so much .. muaxxxhhh <3<3