Cinta Express Maya.





Peah suka online. Di mana-mana sahaja pasti dia online. Sedang Peah online di biliknya, tiba-tiba:

" Assalamualaikum."

Seorang muslimin menegurnya melalui laman chatnya. Peah terkejut kerana tidak pernah pula ada muslimin menghantar mesej kepadanya. Dia mula terfikir, sekiranya tidak balas, pasti muslimin ni kata dia sombong. Lalu dia pun balas mesej muslimin tersebut.

Lalu bermulalah sesi berkenalan di antara mereka. Daripada berkenalan, mulalah timbul bibit cinta di antara mereka.(Ye ke?)

Pada suatu malam, muslimin yang bernama Senget itu menghanta mesej kepada Peah:

Senget: Peah, ana nak beritahu sesuatu boleh?

Peah: Ok, beritahulah.

Senget: Ana suka dekat enti.

Maka kembanglah separuh mati si Peah mendengar pengakuan Senget. Sukanya tidak terkata. Maka dengan rela hatinya, si Peah pun mengaku bahawa dirinya juga sukakan Senget. Suka bukan kepalang Syaitan apabila melihat kedua anak Adam itu punya masalah hati.

Dari situ, mulalah daripada hanya on9 di FB, mesej di telefon dan seterusnya bercakap melalui telefon. Sungguh tiada lagi kethiqahan yang ada. Ramai juga yang cuba menasihati si Peah, namun responnya agak mudah.

" Suka hatilah, lagipun dia sudah janji untuk kahwin dengan saya. "

Semua mula menjauhi Peah. Peah pula lebih suka bersendirian dengan telefonnya bertemankan pemasalah hatinya.

Tak lama kemudian, ada perubahan yang berlaku pada Senget. Seperti sudah berubah hati membuatkan Peah mula bimbang dengan apa yang bakal terjadi. Dia cuba untuk menghubungi Senget, namun respon Senget sangat menghampakan.

" Ana sibuklah, enti janganlah kacau."

Pada mulanya Peah mampu menerima semua alasannya, rindu bukan kepalang dan sakitnya hati menahan rindu. Lalu dia berdoa:

' Ya Allah, sekiranya ada yang berubah hati, biarlah dirinya kerana aku tidak mahu ditangisi.'

Allah itu Maha Bijaksana. Terbongkarlah rahsia yang sebenarnya bahawa si Senget sebenarnya merupakan tunangan orang. Si Peah hanya mampu tersenyum dalam sendu memikirkan nasib yang ditimpanya. Inilah balasan buat dirinya yang terlalu leka dengan cinta dunia.

Peah mula bersendirian dan menjauhkan diri dengan orang lain. Namun dia bernasib baik kerana Allah mengurniakan dia sahabat-sahabat yang baik. Sahabatlah yang memberi penguat kepadanya. Ibu bapanya juga membantu.

Cinta express maya. Walaupun hanya on9, ia tetap menjadi satu permasalahan di hati yang sangat kronik.

No comments:

Post a Comment