Kolej MARA Kulim ♡

Assalamualaikum semua. kali ni aku nak  citer mengenai rutin harian aku kat Kolej MARA Kulim atau nama mnjanya kmk . best woo duk kat sini . siyess best . bukan nak promote k . tp mmg best sangat . kmk ni tak de lah besar macam kolej lain , itu memang di akui . tapi kat sini la banyak aku belajar tentang kehidupan . kat sini jugak lah aku belajar tentang persahabatan . kat sini jugak aku belajar banyak perkara baru . meh aku list kan sikit kenapa kmk ni " special " sangat , bagi aku la ;

  • first skali , kat sini makan free taw ! so tak payah nak pening2 pikir nak beli mknan kat mne or nak beli mknan ape . kan dah save bajet kat situ ! 
  • kat kmk ni , kawasan dia tak sebesar kolej lain . so hang pa semua tak ade lah penat sangat nak jalan kaki ke kuliah or nak pegi makan. kat kolej lain , penat weii sbb diorang punya kawasan besar bak hang . 
  • kat sini, satu dewan kuliah (bagi prgram matrikulasi) dalam 50-70 org je . ramai ke? awak2 sekalian, kat kolej lain , diorang punya satu dewan kuliah mencecah 200++ tau.. hah nampak tak beza kat situ? so bila bilangan student sikit je , lecturer can focus more to us . so bestt laa . 
  • kelas tutorial kat sini pun sikit gak . mcm kelas aku , 9 orang je sekelas. hah bdebar tahap sakan kalau assignment tak ciap . hahaha tapi best belajar dlm kuantiti yg sikit sbb kita boleh be more focus in class. tak de lah rase terabai sangat . kan? 
  • lecturer kat sini baikkkk sangat . so kalau tak faham or want to ask more , just go n ask them face to face . confirm 4.0 flat r . hahhaa
  • kat sini , banyak aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh pihak kolej . contohnya, fardhu ain, ceramah , bacaan mathurat setiap pagi n banyak lagi . so bolehlah kta sama2 meningkat kan lagi ilmu agama dalam diri kita kan. kita kan nak cemerlang dunia n akhirat ? betul x? 
  • haaaa kat sini dapat elaun gak taw !! so boleh lah shopping kat mall terdekat .
  • ehem2 . mall kat sini pun dekat je . dalam 3 km je . ada giant, tesco , the store n mcm2 lg . so sila sediakan duit bnyk2 eh . hahahaa
haa special kan kmk ni . eh lupa lak nak gtau , kmk ni bukan untuk program matrikulasi je , kat sini ada gak budak usm , unikl , umk . kira mcm diorang buat asasi kat sini r . tp majoriti kat sini student matrik la .
haa ni one of the lecture hall. dewan kuliah kat sini tak de lah besar mcm kat kolej
lain. so mmg lecturer akn nmpk setiap pbuatan kita dlm kls tau .especially klau kita tidur or "tertidur" dlm kelas..hahak .
ni tempat stadi putera . tempat stadi puteri sorry ok sbb xsempat nk g amek gambar lg . insyaAllah nanti klau aku free aku g jln2 skitar kolej ni smbil snap2 . then aku upload dlm blogku yang terchenta ni . 
hehehe for those yg berhasrat or terpilih untuk continue stadi kat sini , jgn risau . jgn bimbang . sbb kolej ni best woo . sekarang ni pun , pihak kolej bnyak sangat tengah duk renovate kwasan kolej . haaa tengok tu .nanti kolej ni pun akan jadi bling bling mcm kolej lain gak ;) 

nak tahu mengenai rutin harian aku di kolej mara kulim? sila klik di sini ---> Kolej MARA Kulim part 2



♡ SEGALANYA PERASAAN ITU INDAH ♡

Assalamualaikum semua. haiiii uols . setelah lama mnyepi diri dari hupdate blog ni , mlm ni tetiba aku rase cam nak tukar lagu untk blog ni . lagu dulu dah kuno kut . hahaah . takde lah . bosan dah den duk dengar lagu same manjang . so kali ni nak share sikit pasal perasaan indah yang ada dalam diri kita .  Please take note okeh ... 

¤ Rindu itu indah jika kerana bila kerinduan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang dirindu.


¤ Gembira itu indah jika kerana bila kegembiraan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang menggembirakan.


¤ Sedih itu indah jika kerana bila kesedihan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyedihkan.


¤ Bosan itu indah jika kerana bila kebosanan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membosankan.


¤ Sibuk itu indah jika kerana bila kesibukkan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang disibukkan.


¤ Sakit itu indah jika kerana bila kesakitan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan.


¤ Benci itu indah jika kerana bila kebencian itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang dibenci.


¤ Derita itu indah jika kerana jika bila penderitaan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menderitakan.


¤ Oleh itu niatkanlah segala perasaan hanya untuk ALLAH untuk mendapat keredhaanNYA.