kenapa hidup aku susah? kenapa payah?







"Semua benda payah." Desis hati kecil.

Rasa nak..
Meraung sekuat hati.
Menangis berbaldi baldi.

Dulu.
Semua baik baik saja.

But then.

Semuanya berubah.
Semuanya makin payah.
Semuanya perlu bergegas.

Aku LETIH.

Assignment berlambak. Quiz test quiz test. Tambah tambah dah nak dekat final. Tanpa paham konsep setiap subject. Dengan diri yang tak terurus. Hati ni. Sakit. Kosong. Everything is not fine. Fikiran hanya focus soal assignment, revision tutorial, project. Urusan dunia. Semuanya kacau bilau. Huru hara! Letih penat!

Aku fed up. Dan give up.

But then again.

I was looking through the windowsill. While the rain is pouring. Beautiful. Subhanallah. Ah! Malas nak melayan kerja yang berlambak atas meja. Pen di flip 360 darjah. Buku bersepah atas meja. Laptop dibiar habis battery sia sia.

Pandangan dihala ke luar tingkap.

"Mesti ada satu benda atau something lah yang buat kau jadi tak terurus macamni."

Berdesing telinga.

"And why don't you reflect yourself first before assuming others as wrong?"

Hangat.

Pipi hangat dengan cecair jernih.

"Kau sebenarnya jauh dari Allah. Bukan Allah yang menjauh. Tapi kau. Kau yang menjauh. Kau yang letak tembok. Kau sendiri yang put a distance between kau dengan Allah in order to achieve kau punya mission kat dunia. Dunia SEMATA. you know what? Kau tak bersyukur. Lupa diri."

Dushhh.

And yes it's true. Sebabkan masa tak cukup dan terkejar masa nak study sampai tinggal tak baca langsung Quran? Sebabkan ada kelas straight berderet sampai lewatkan waktu solat and sampai kena qada' balik sebab tertinggal? OH! Sebabkan kepala semak dengan assignment and tugasan dari lecturer so lupa and lalai akan tugas sebagai khalifah kat dunia? Sampai lupa? HOW COULD I. ZALIM TERHADAP DIRI SENDIRI. Allahuakbar..

Nangis. Serious.

N/p : don't forget Allah // Farid Sanullah

"You're down and out.. you just can't cope.. You wanna shout you lost all hope.."

Yes..

"On your knees.. begging please.. You turn and pray to find your way.."

Tears..

"Hey.. you make doa.. Allah's there.. whoever you are cos He cares..."

And when He cares..

"Then you forget.. to say thankyou Allah.. you forget to say In shaa Allah.. You forget to say Subhanallah.."

Such ungrateful me..

"Lets flashback lets backtrack.."

Ya Rabbi.

Aku jauh dariMu. Sebab tu hidup aku kelam. Huru hara. Aku lalai. Dah lama tak baca Quran dengan hati. Dah lama tak boleh menangis bila dengar ayatMu. Aku lalai. Lalai sangat..

"Therefore remember Me (Allah), I will remember you. And be thankful to Me (Allah), and do not be ungrateful to Me (Allah)." AlBaqarah [152]

Sticky note ditampal ke board. "Kau daie dan juga mad'u kalau kau nak masuk Syurga. Be a true Muslim. Sejati." Tampal ke board. Sambil sengih.

Allah tengah tengok aku. Allah lihat setiap usaha aku. Malu lah kalau aku sengaja buat buat lupa akan Dia. How could i. Berdoa minta Allah kabulkan permintaan tapi tak pernah nak please Allah sungguh2.

Dear myself,
Tolonglah berubah. In order to achieve Jannah. Seimbangkan urusan dunia dan akhirat. Dunia kita genggam. Akhirat kita peluk ketat ketat. Decide. Nak jadi macam mana.

To live well or hell, we choose.

Senyum. "Aku. Khalifah Allah. Aku. Dai'e dan insha Allah bersedia jadi mad'u"



Forgive and forget all harm that others have caused you. Forgive as many times as you want Allah to forgive you. Forgive me too then. Sengaja atau tak sengaja. May Allah bless.



sumber : facebook


SENTAP !! Mohon Baca


Via tarbiahsentap:


ALLAH akan UJI kita dengan benda yang PALING kita LEMAH:

1)Mungkin kau bab-bab solat jemaah ni kau okay. Dapat pergi surau 5 waktu semua. Tapi, jangan ingat kau hebat. Mungkin kau tak lemah bab solat jemaah, kau lemah bab tak boleh tahan nafsu dengan perempuan. Maka, Allah akan uji kau dengan PEREMPUAN!
Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Ikhtilat, cinta, couple, video lucah dan sebagainya? Selagi kau tak settle bab tu, kau jangan rasa kau hebat dan jangan sesekali puas!


2)Mungkin, bab-bab tutup aurat sempurna, pakai tudung labuh semua, kau okay. Tapi, jangan ingat kau hebat. Mungkin kau tak lemah bab-bab aurat. Tapi, kau lemah bab obsess artis! Maka, Allah akan UJI kau dengan artis!
Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Kpop, Justin Bieber, One direction, Kim Hyun Joong, drama korea jepun bagai. Sebab tu, ramai je orang tudung labuh, tapi bab ni tak settle. Selagi kau tak settle bab ni, jangan ingat kau hebat, dan jengan sesekali puas!!


3)Mungkin, kau, bab-bab akhlak semua kau okay. Akhlak kau baik, sopan, pemaaf, peramah dan sebagainya. Tapi, bab aurat kau lemah. Maka, Allah akan uji kau bab aurat!
Sejauh mana kau boleh tutup aurat sempurna? Tudung labuh tutup dada dan bahu, takde sanggul, tak jarang, warna tak menarik perhatian dan lain-lain?? So, jangan mendabik dada dan puas dengan akhlak kau. Kerana tu bukan kelemahan kau!


4)Mungkin kau ni lelaki yang langsung tak tergoda bila tengok perempuan-perempuan seksi. Kau langsung tak tertarik. Soleh la katakan. Tapi, seperti biasa, Allah akan uji dengan benda yang kau lemah! Maka, Allah akan datangkan perempuan yang bertudung labuh sempurna untuk hancurkan kau!
Sebab tu wujud post-post kat FB dan twitter lelaki yang bajet soleh, yang berbunyi:
"Subhanallah! Sejuknya mata memandang wanita bertudung labuh. Moga kalian istiqomah!!"
"Seindah hiasan adalah wanita solehah. Tenang hati melihat perempuan-perempuan bertudung labuh ni....."
Hancur! Tudung labuh ke tak, tunduk pandangan la kawan!


****

Banyak lagi contoh.
Tapi, masing-masing ada kelemahan masing-masing. At one point, kita jangan rasa diri kita hebat dengan sesuatu perkara dan merendahkan orang lain, kerana kita mampu buat perkara tu kerana itu bukan kelemahan kita!
Orang yang beriman, adalah, dia mampu atasi segala ujian yang Allah beri, termasuklah mengatasi ujian menyelesaikan segala kelemahan-kelemahan yang kita ada.
Ingat, Allah akan uji kita dengan benda yang paling kita lemah.
Sentap utk diri sendiri.


iNgATaN UtK DiRi kU SeNdIrI....

Ada Crush ? meh sini baca jap....



HUKUM ADA CRUSH .

Boleh ke ada crush?
Dengan nama Allah saya mula. Juga selawat ke atas rasul saw.
Insyallah, kali ini, saya akan hurai isu “crush” yang makin lama, makin hangat di perkatakan. Sampai, ada orang dengan bangganya tulis kat twitter dan FBnya:
“Dear crush. I hope you know that I love you very much…”
“Rindunya crush saya….”
Atau, ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya:
“Eh, crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe…”
Lalu di jawab:
“Aku malu la…takut-takut dia tak suka aku.Huhu…”
Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, juga universiti. Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya dari sudut agama? Lantaran, ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yang salah itu benar, akibat terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar.
Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama’-ulama’ zaman dahulu kala yang pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dengan fikiran terbuka.

CRUSH TU APA?
Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:
“Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…”
Kenapa saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA.

Kenapa pulak dosa?!
Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapa kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?
Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagrampun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.
Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.
CINTA YANG ALLAH REDHA?
Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai?
“Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”
(Ibn Qayyim)
Lihat?Cuba highlightkan ayat:
“Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!”
Cinta sebeginilah yang Allah redha!
Cinta sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, luahkan, and couple, dan akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA?
Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!
and one more...ingat tau kepada kaum HAWA..
jagalah nilai cinta itu,jangan mudah jatuh atau mengalah dengan ayat2 palsu lelaki..
ingat tau..wanita adalah penghias dunia...
wanita juga bersih dan cantik seperti mutiara..
tapi kalian jugaklah yg menentukan nilai harga diri kalian...nasihat ini just untuk sedarkan remaja2 yg makin lupa dan alpa...sedarlahh...

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITAN

Assalamualaikum semua. entry hari ni mengenai gangguan jin kepada diri kita. sebenarnya aku terjumpa artikel ni di facebook. so aku tertarik nak share dengan korang semua . jom kita sama-sama check sama ada kita ni terkena atau tidak gangguan jin dan syaitan...

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANI

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

so macam mana? bagi sesiapa yang rasa diri dia tak da pun simptom-simptom di atas, alhamdulillah :). tapi bagi sesiapa yang diri dia kerap kali terkena simptom-simptom di atas, dinasihatkan agar anda cepat-cepat la berubat. bukan ape, takut nanti dia bagi effect pulak kat diri kita ni. Allahuallam. 

Assalamualaikum....


Moga Dirimu Tenang Disana

Assalamualaikum semua.. entry kali ni aku nak cite mengenai seorang cikgu aku time aku belajar di MRSM Pengkalan Chepa suatu ketika dulu. 

Petang semalam, aku dapat satu mcg from my exclasmate . terkejut sakan aku bila baca mcg dia tu. rupa-rupanya cikgu tersebut telah meninggal dunia. Inalillah..



Cikgu, terima kasih atas semua tunjuk ajar yang cikgu sentiasa curahkan kepada kami .
Selain ajar subjek addmath, cikgu sebenarnya telah ajar kami banyak erti kehidupan .
Suatu ketika dahulu, saya masih ingat cikgu sentiasa bercerita mengenai pelbagai ragam manusia semata-mata nak bg kami moral of the story . 
Even markah addmath kami sering kali mengecewakan hati cikgu,tidak pernah sekalipun cikgu marah or merajuk tapi cikgu sentiasa bagi semangat buat kami sentiasa berusaha untuk lebih berjaya .
Cikgu sentiasa dengar masalah kami n sentiasa bagi nasihat untuk macam-macam perkara.
Cikgu dah macam ayah kedua kami. haha
kami sayang cikgu sangat-sangat . #deep
dan Cikgu tak pernah jemu layan karenah kami yang gila-gila ni.


Kata-kata cikgu,
Senyuman cikgu,
Nasihat dari cikgu
akan sentiasa kekal dalam memori kami .
Terima Kasih Cikgu untuk semua memori itu.
Terima kasih Cikgu Abdul Aziz .

Moga cikgu tenang disana...


Kolej Mara Kulim part 2

Assalamualaikum semua.. hari ni aku buat satu entry sambungan dari yang entry sebelumnya. sebenarnya, niat aku tulis entry berkaitan kolej mara kulim ni bukan nya ape, saja nak bagi more information for those yang baru nak daftar kat situ. macam aku dulu, haru biru jugak masa first-first dapat offer kat sini. time tu macam-macam aku fikir, hmm agaknya macam mana rupa kolej aku, cam mano eh cara belajar kat sini, hmm cam mano eh rutin harian kat sini. ha kan dah kalut ribut tu. so kat entry ni aku just nak bagitahu rutin harian aku kat kmk . buat pengetahuan semua, aku dulu student matrikulasi batch 2013/2014 . so entry aku kali ni  semua berdasarkan segala peraturan n keadaan kolej masa tahun tersebut. ye lah, masa dah berubah, zaman dah maju. so mungkin peraturan n keadaan kolej pun turut berubah kan.  hehe


bangunan atas bukit tu asrama puteri. ni gambar masa zaman aku. sekarang ni dah ada walk way tau. so kalau hujan pun takde lah basah lencun macam kitaorang dulu.. 

5.30 am -> bangun dari tidur n pi mandi . bersiap-siap ke kuliah la kita.Suka hati korang la nak bangun pukul berapa pun. biasanya aku bangun 5.30 sbb time tu student tak ramai lagi n air pun macam laju time ni. Pandai-pandai lah korang bajet nak bangun pukul berapa. kan dah besar panjang semua. 

7.15 am -> time ni biasanya aku dah gerak ke dewan besar or surau untuk bacaan mathurat. tapi aku pun      tak sure sama ada bacaan mathurat still ada ke tidak sekarang ni. tak payah nak kalut nak pergi dewan besar atau pun surau sebab mesti ada punya student or lecturer announce nak buat bacaan mathurat kat mana k. so stay cool je

7.45 am -> lepas habis je bacaan mathurat n biasanya ada la sikit announcement, korang pun boleh lah gerak untuk ke kelas masing-masing. 

8.00 am -> kelas dah start :) 

10.00 am-10.30 am -> waktu rehat untuk  anak-anak sekalian. waktu ni boleh la pi makan kejap k. kalau nak free, dipersilakan makan di dewan selera ( DS ) , kalau rasa nak bayar, boleh la ke koperasi atau ke cafe.

1.30 pm -> ni waktu rehat untk lunch n solat zohor. so macam tadi jugak, kalau rasa nak makan secara free sila la ke DS , tapi kalau rasa banyak duit, boleh la ke cafe n koop. jangan lupa pulak pi solat zohor ok..

2.30 pm -> time ke kelas you all.. jangan tidur kat hostel sudah . biasa lah time macam ni memang ngantuk.   memang tak dapat dinafikan, aku dulu pun memang sentiasa bawak air n coklat untuk prevent mengantuk. haha 
ni lah jadinya kalau lecturer bagi masa lima minit untk rehat jap. hahah


4.30 pm -> kelas untuk hari ni dah habis. yahooooo...kita enjoy !!

6.30 pm -> time for dinner .. pergi makan tau. nanti lapar pulak malam nanti.so far, bagi aku makanan kat DS ok ape, dah la free, sedap pun boleh la.. kita kena sentiasa bersyukur ok. kat matrik lain, makan semua kena beli sndiri. so rasa tak yang anak-anak kolej mara kulim ni special sikit? hahah
ni salah satu menu untuk dinner. amacam ok tak? ok lah kan sebab free. hoi dan't u judge a book by it's cover. nampak je macam ni tapi sedap tau. muahaha..


so waktu selepas dinner adalah free. bosan ? oh jangan risau sebab malam tu korang mesti gigih duk menyiapkan assignment yang perlu dihantar keesokan paginya. kalau macam aku dulu, biasanya lecturer akan bagi assignment n kitaorang kena hantar assignment tu keesokan pagi tu sebelum pukul lapan . so better malam tu korang siapkan semua assingment and buku tutorial.tak da la kalut semacam je pagi tu. 

mesti korang tertanya-tanya kan, kat kolej mara kulim ni ada prep malam tak? so jawapannya tak ada.. haa hepi la tu. sebab kita kan dah besar. dah boleh decide yang mana baik n buruk. so suka hati korang lah nak buat assignment tu kat mana. nak buat kat hostel pun boleh, nak buat kat library pun boleh. suka hati la ye.. oh lupa pulak nak bagi tahu, library pun bukak jugak waktu malam. biasanya after solat isyak la kut sampai pukul 10 malam. ye ke ? eh aku pun tak sure jugak. so kalau korang berminat nak study or buat assignment kat library time malam2, korang pi check jadual library ok. eden pun dah lupa lah. sorry sangat eh..

oh hari tu, ada sorang junior ni text aku n tanya,"akak ,assignment tu macam mana? susah ke? " haha aku lupa nak bagitahu korang semua. nama manja bagi assignment adalah homework atau nak mudah lagi kerja sekolah ye. sama je. jangan pening-pening pikir  apa pulak assignment tu. stay cool ok..

ni lah rutin harian aku untuk hari ahad hingga hari rabu. hari khamis kelas sampai 1.30 pm saje. petang tu korang boleh outing.. eh hari jumaat macam mana pulak? hari sabtu?? sabar-sabar.. hari jumaat, bagi student perempuan, biasanya ada kelas fardhu ain di waktu pagi. lepas tu free.. suka hati lah nak buat ape pun. nak tido ke, nak basuh baju ke , nak layan cite ke, nak buat assignment ke. tu atas pilihan masing-masing. choose the best ok. satu je aku nak pesan, sila jangan tangguh2 homework anda-anda sekalian. sebab homework tak kan pernah berkurang. dia sentiasa bertambah. so better you all siapkan semua homework n tutorial dulu baru lah boleh enjoy sakan.
masa zaman aku dulu, budak-budak ni enjoy sakan hari jumaat. tidur tak ingat dunia. so homework semua buat hari sabtu malam. mana sempat weh? kalau memang homework korang ciput n sikit, boleh lah . ni kalau homework bertimbun, ada hati nak buat masa sabtu malam. konfem tak siap punya homework tu. last-last kalut nak siapkan homework sampai tak tidur malam. hari ahad pergi kelas mata punya lah lebam sebab tak tido malam gara-gara siapkan homework. hahah.. padan muka sehh. so your life your choice. pilihlah yang terbaik untuk diri kita. haha

so entry aku untuk kali ni setakat ini ajelah. ada masa aku sambung pulak ok. kalau ada nak tanya ape-ape, komen je . tak usah malu-malu. hahah. malu bertanya, sesat jalan. muahaha k lah penat merepek malam-malam ni.

 Assalamualaikum you all :)

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin


Selamat Hari Raya semua.. walapun hari ni dah hari kesepuluh kita menyambut hari lebaran, masih tak terlambat kan untuk aku wish happy eid mubarak to all of you. maklumlah raya kan busy. tak menyempat pun nak bukak lappy untk hupdate blog hah..melayan tetamu la katakan. hahah
so amacam raya korang tahun ni? ok ke tidok? bagi aku , raya tahun ni agak special sikit lah sbb.. em sbb ape eh? ntah lah aku pun tak sure knapa tahun ni agak special compared to another past year . maybe tahun ni lebih banyak makanan la kut. hahah. duit raya pun semakin bertambah-tambah. hah kalau korang nak tahu, musim raya lah aku akan jadi jutawan ekspress. kihkihkih. kalau ikut femily kitaorang, semakin tua umur seseorang, semakin banyak lah duit raya yang dia dapat. tapi tu bagi  for those yang  belum kahwin n belum bekerja ok. yang dah kawin n kerja tuh, sila bye-bye kat duit raya sbb hangpa la pulak yang kena kasi kan. hahah
raya tahun ni, aku tak sempat sangat nak ambik gambar. buzy bak hang. ye lah, awal pagi aku dah tolong mama buat nasi minyak bagai. lepastu, ramai pulak jiran datang nak beraya. fuhh penat tu memang tak dapat disangkal, tapi rasa besttt sangat. rasa macam...entah lah rasa macam mana. aku pun tak boleh nak describe apa yang aku rasa. tapi best tau tengok org happy je pegi umah kita then diorang duk puji2 makanan sadap. hahah.
korang tahun ni menu ape pagi raya? kalau femily aku, tahun ni menu simple je. nasi minyak + ketupat + satay + biskut raya je. sebab nak elakkan membazir la katakan. yelah, tahun-tahun lepas, banyak makanan yang tak habis woii. membazir sangat. so tahun ni, abah cadang buat simple2 saje. gambar raya? hmm memang tahun ni aku takda pun gamba raya. tak sempat nak posing. hahah . lagipun raya kali ni, aku demam. so mood nak bergambar tu macam kelaut dah. memang tak da mood langsung.

dalam kita hepi sambut lebaran ni, aku kesian pulak tengok anak sedara aku yang baru lahir ni. orang lain sibuk beraya kat umah sanak saudara, tapi diorang terpaksa berulang alik kat hospital. baby ukasyah ni dah dua kali warded kat KBMC n masa last puasa hari tu, dia di discharged sbb dr semua balik kmpung. hah biasalah hospital swasta memang cam gitu. dia tanak terima patient pun time raya. so terpaksa lah umi n abi nya berulang alik ke hospital untuk suntik antibiotik kat baby kasyah. alohaii kesian tengok dia nangis sbb sakit la kut.
 ha tu la gambar baby kasyah n umi kat hospital di pagi raya. kadang-kadang umi dia pun nangis tengok baby dia nangis time masuk ubat. ye lah, ibu mana yang tahan tengok anak dia dlm kesakitan kan. mujur sekarang ni baby kasyah dah sihat . so tak perlu dah pi hospital suntik antibiotik. 


so, tu lah sedikit sebanyak kisah lebaran aku tahun ni  . di kesempatan ini, aku nak mintak maaf dengan semua  sama ada korang kenal or tak kenal dengan diri ini, if selama ni aku dah tergores, terhiris perasaan anda semua, mintak ampun banyak2 ok. kosong-kosong ye :) 

SELAMAT HARI RAYA . MAAF ZAHIR DAN BATIN