Kolej Mara Kulim part 2

Assalamualaikum semua.. hari ni aku buat satu entry sambungan dari yang entry sebelumnya. sebenarnya, niat aku tulis entry berkaitan kolej mara kulim ni bukan nya ape, saja nak bagi more information for those yang baru nak daftar kat situ. macam aku dulu, haru biru jugak masa first-first dapat offer kat sini. time tu macam-macam aku fikir, hmm agaknya macam mana rupa kolej aku, cam mano eh cara belajar kat sini, hmm cam mano eh rutin harian kat sini. ha kan dah kalut ribut tu. so kat entry ni aku just nak bagitahu rutin harian aku kat kmk . buat pengetahuan semua, aku dulu student matrikulasi batch 2013/2014 . so entry aku kali ni  semua berdasarkan segala peraturan n keadaan kolej masa tahun tersebut. ye lah, masa dah berubah, zaman dah maju. so mungkin peraturan n keadaan kolej pun turut berubah kan.  hehe


bangunan atas bukit tu asrama puteri. ni gambar masa zaman aku. sekarang ni dah ada walk way tau. so kalau hujan pun takde lah basah lencun macam kitaorang dulu.. 

5.30 am -> bangun dari tidur n pi mandi . bersiap-siap ke kuliah la kita.Suka hati korang la nak bangun pukul berapa pun. biasanya aku bangun 5.30 sbb time tu student tak ramai lagi n air pun macam laju time ni. Pandai-pandai lah korang bajet nak bangun pukul berapa. kan dah besar panjang semua. 

7.15 am -> time ni biasanya aku dah gerak ke dewan besar or surau untuk bacaan mathurat. tapi aku pun      tak sure sama ada bacaan mathurat still ada ke tidak sekarang ni. tak payah nak kalut nak pergi dewan besar atau pun surau sebab mesti ada punya student or lecturer announce nak buat bacaan mathurat kat mana k. so stay cool je

7.45 am -> lepas habis je bacaan mathurat n biasanya ada la sikit announcement, korang pun boleh lah gerak untuk ke kelas masing-masing. 

8.00 am -> kelas dah start :) 

10.00 am-10.30 am -> waktu rehat untuk  anak-anak sekalian. waktu ni boleh la pi makan kejap k. kalau nak free, dipersilakan makan di dewan selera ( DS ) , kalau rasa nak bayar, boleh la ke koperasi atau ke cafe.

1.30 pm -> ni waktu rehat untk lunch n solat zohor. so macam tadi jugak, kalau rasa nak makan secara free sila la ke DS , tapi kalau rasa banyak duit, boleh la ke cafe n koop. jangan lupa pulak pi solat zohor ok..

2.30 pm -> time ke kelas you all.. jangan tidur kat hostel sudah . biasa lah time macam ni memang ngantuk.   memang tak dapat dinafikan, aku dulu pun memang sentiasa bawak air n coklat untuk prevent mengantuk. haha 
ni lah jadinya kalau lecturer bagi masa lima minit untk rehat jap. hahah


4.30 pm -> kelas untuk hari ni dah habis. yahooooo...kita enjoy !!

6.30 pm -> time for dinner .. pergi makan tau. nanti lapar pulak malam nanti.so far, bagi aku makanan kat DS ok ape, dah la free, sedap pun boleh la.. kita kena sentiasa bersyukur ok. kat matrik lain, makan semua kena beli sndiri. so rasa tak yang anak-anak kolej mara kulim ni special sikit? hahah
ni salah satu menu untuk dinner. amacam ok tak? ok lah kan sebab free. hoi dan't u judge a book by it's cover. nampak je macam ni tapi sedap tau. muahaha..


so waktu selepas dinner adalah free. bosan ? oh jangan risau sebab malam tu korang mesti gigih duk menyiapkan assignment yang perlu dihantar keesokan paginya. kalau macam aku dulu, biasanya lecturer akan bagi assignment n kitaorang kena hantar assignment tu keesokan pagi tu sebelum pukul lapan . so better malam tu korang siapkan semua assingment and buku tutorial.tak da la kalut semacam je pagi tu. 

mesti korang tertanya-tanya kan, kat kolej mara kulim ni ada prep malam tak? so jawapannya tak ada.. haa hepi la tu. sebab kita kan dah besar. dah boleh decide yang mana baik n buruk. so suka hati korang lah nak buat assignment tu kat mana. nak buat kat hostel pun boleh, nak buat kat library pun boleh. suka hati la ye.. oh lupa pulak nak bagi tahu, library pun bukak jugak waktu malam. biasanya after solat isyak la kut sampai pukul 10 malam. ye ke ? eh aku pun tak sure jugak. so kalau korang berminat nak study or buat assignment kat library time malam2, korang pi check jadual library ok. eden pun dah lupa lah. sorry sangat eh..

oh hari tu, ada sorang junior ni text aku n tanya,"akak ,assignment tu macam mana? susah ke? " haha aku lupa nak bagitahu korang semua. nama manja bagi assignment adalah homework atau nak mudah lagi kerja sekolah ye. sama je. jangan pening-pening pikir  apa pulak assignment tu. stay cool ok..

ni lah rutin harian aku untuk hari ahad hingga hari rabu. hari khamis kelas sampai 1.30 pm saje. petang tu korang boleh outing.. eh hari jumaat macam mana pulak? hari sabtu?? sabar-sabar.. hari jumaat, bagi student perempuan, biasanya ada kelas fardhu ain di waktu pagi. lepas tu free.. suka hati lah nak buat ape pun. nak tido ke, nak basuh baju ke , nak layan cite ke, nak buat assignment ke. tu atas pilihan masing-masing. choose the best ok. satu je aku nak pesan, sila jangan tangguh2 homework anda-anda sekalian. sebab homework tak kan pernah berkurang. dia sentiasa bertambah. so better you all siapkan semua homework n tutorial dulu baru lah boleh enjoy sakan.
masa zaman aku dulu, budak-budak ni enjoy sakan hari jumaat. tidur tak ingat dunia. so homework semua buat hari sabtu malam. mana sempat weh? kalau memang homework korang ciput n sikit, boleh lah . ni kalau homework bertimbun, ada hati nak buat masa sabtu malam. konfem tak siap punya homework tu. last-last kalut nak siapkan homework sampai tak tidur malam. hari ahad pergi kelas mata punya lah lebam sebab tak tido malam gara-gara siapkan homework. hahah.. padan muka sehh. so your life your choice. pilihlah yang terbaik untuk diri kita. haha

so entry aku untuk kali ni setakat ini ajelah. ada masa aku sambung pulak ok. kalau ada nak tanya ape-ape, komen je . tak usah malu-malu. hahah. malu bertanya, sesat jalan. muahaha k lah penat merepek malam-malam ni.

 Assalamualaikum you all :)

2 comments:

  1. Just nak tahu..other than kelas biasa setiap hari,boys boleh pakai jeans ke? I heard ada yg kata boleh. Hmmmm sila jawab please ����

    ReplyDelete
  2. maigod rindu gile kat kmku...

    ReplyDelete