Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin


Selamat Hari Raya semua.. walapun hari ni dah hari kesepuluh kita menyambut hari lebaran, masih tak terlambat kan untuk aku wish happy eid mubarak to all of you. maklumlah raya kan busy. tak menyempat pun nak bukak lappy untk hupdate blog hah..melayan tetamu la katakan. hahah
so amacam raya korang tahun ni? ok ke tidok? bagi aku , raya tahun ni agak special sikit lah sbb.. em sbb ape eh? ntah lah aku pun tak sure knapa tahun ni agak special compared to another past year . maybe tahun ni lebih banyak makanan la kut. hahah. duit raya pun semakin bertambah-tambah. hah kalau korang nak tahu, musim raya lah aku akan jadi jutawan ekspress. kihkihkih. kalau ikut femily kitaorang, semakin tua umur seseorang, semakin banyak lah duit raya yang dia dapat. tapi tu bagi  for those yang  belum kahwin n belum bekerja ok. yang dah kawin n kerja tuh, sila bye-bye kat duit raya sbb hangpa la pulak yang kena kasi kan. hahah
raya tahun ni, aku tak sempat sangat nak ambik gambar. buzy bak hang. ye lah, awal pagi aku dah tolong mama buat nasi minyak bagai. lepastu, ramai pulak jiran datang nak beraya. fuhh penat tu memang tak dapat disangkal, tapi rasa besttt sangat. rasa macam...entah lah rasa macam mana. aku pun tak boleh nak describe apa yang aku rasa. tapi best tau tengok org happy je pegi umah kita then diorang duk puji2 makanan sadap. hahah.
korang tahun ni menu ape pagi raya? kalau femily aku, tahun ni menu simple je. nasi minyak + ketupat + satay + biskut raya je. sebab nak elakkan membazir la katakan. yelah, tahun-tahun lepas, banyak makanan yang tak habis woii. membazir sangat. so tahun ni, abah cadang buat simple2 saje. gambar raya? hmm memang tahun ni aku takda pun gamba raya. tak sempat nak posing. hahah . lagipun raya kali ni, aku demam. so mood nak bergambar tu macam kelaut dah. memang tak da mood langsung.

dalam kita hepi sambut lebaran ni, aku kesian pulak tengok anak sedara aku yang baru lahir ni. orang lain sibuk beraya kat umah sanak saudara, tapi diorang terpaksa berulang alik kat hospital. baby ukasyah ni dah dua kali warded kat KBMC n masa last puasa hari tu, dia di discharged sbb dr semua balik kmpung. hah biasalah hospital swasta memang cam gitu. dia tanak terima patient pun time raya. so terpaksa lah umi n abi nya berulang alik ke hospital untuk suntik antibiotik kat baby kasyah. alohaii kesian tengok dia nangis sbb sakit la kut.
 ha tu la gambar baby kasyah n umi kat hospital di pagi raya. kadang-kadang umi dia pun nangis tengok baby dia nangis time masuk ubat. ye lah, ibu mana yang tahan tengok anak dia dlm kesakitan kan. mujur sekarang ni baby kasyah dah sihat . so tak perlu dah pi hospital suntik antibiotik. 


so, tu lah sedikit sebanyak kisah lebaran aku tahun ni  . di kesempatan ini, aku nak mintak maaf dengan semua  sama ada korang kenal or tak kenal dengan diri ini, if selama ni aku dah tergores, terhiris perasaan anda semua, mintak ampun banyak2 ok. kosong-kosong ye :) 

SELAMAT HARI RAYA . MAAF ZAHIR DAN BATIN 

1 comment:

  1. Wynn casino in NV - Mapyro
    Wynn casino is located in the Las 원주 출장마사지 Vegas 과천 출장안마 Strip, and it is the sister property 김제 출장안마 of the Encore at 포천 출장마사지 Wynn Las Vegas. 부산광역 출장샵 The resort was recently bought

    ReplyDelete