Angkara Ubat Tidur, Fara Fauzana Dapat Memo Dari Majikannya



"Ni pertama kali. Jangan risau, saya tak akan dapat memo lagi lepas ni (ketawa)", itu kata Fara Fauzana aka Fafau sekaligus mengesahkan baru-baru ini dia menerima memo daripada majikannya pada Selasa lalu.

Semuanya gara-gara ubat tidur yang diambilnya menyebabkan dia secara tak sengaja, tidak datang bertugas di konti pada pagi itu.

Fafau berkata, sejak malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH12) yang berlangsung pada malam Ahad lepas, menyebabkan dia berasa tidak sihat akibat kepenatan.

Lalu pada pada hari Isninnya dia pergi ke farmasi untuk mengambil ubat selesema. Selepas memakan ubat tersebut dia terus dapat tidur lena sehingga terlajak.

"Isnin tu, saya ke farmasi. Saya minta ubat selesema. Orang farmasi tu tanya pada saya, berapa jam saya nak tidur? Saya kata, dalam lapan jam. Jadi dia berikan saya pil dan mengingatkan saya supaya tidak makan sebiji tetapi hanya perlu mengambil suku daripada pil itu. Jadi lepas makan ubat tu, jam 1 petang saya tertidur.

"Bila saya bangun saya ingatkan dah malam. Rupanya dah pagi Selasa, jam 10 pagi.

Sudahnya, saya tak masuk konti dan hari tu juga saya dapat memo. Pihak pengurusan memang tegas. Tak kiralah siapa pun, kalau tak masuk kerja seperti yang ditetapkan, mereka terus bagi memo", kata Pengacara TV Popular ABPBH2012 ini sambil tertawa mengenangkan peristiwa itu.

No comments:

Post a Comment