Yoghurt Untuk Cantik!



Yogurt atau susu masam merupakan sejenis makanan yang kaya dengan sumber protein, kalsium, potassium, mineral dan vitamin untuk manfaat luaran dan dalaman tubuh badan.

Ia bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman malah boleh dijadikan sebagai krim semulajadi yang bebas daripada bahan kimia. Apa yang menarik, krim ini dapat dilakukan di rumah tanpa melibatkan kos yang banyak. Nak tahu manfaat yogurt untuk kecantikan dalaman dan luaran anda? Mari lihat kebaikannya di sini.

--->Melembapkan kulit
Kultur hidup bersama asid laktik di dalam yogurt mampu melembut, melembap dan membuang sel kulit mati. Sapukan yogurt ke seluruh wajah tangan serta kaki dan biarkan ia selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam. Lebihan yogurt tadi boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk disapu pada wajah sebagai pupur.
--->Untuk kulit kering
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit terlalu kering, tambahkan sedikit madu ke dalam yogurt kerana madu mempunyai unsur pelembap. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan tiga sudu besar yogurt bersama dua sudu besar lobak merah yang sudah dikisar. Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam.
--->Mencerahkan kulit
Campurkan yogurt dengan satu sudu besar serbuk koko dan satu sudu besar madu. Gaulkan bersama-sama sehingga menjadi pekat sebelum disapukan pada wajah. Pastinya kulit akan tampil lebih segar, cerah dan bercahaya.
--->Membuang sel kulit mati
Yogurt juga boleh digunakan untuk membuang sel kulit mati dengan cara mencampurkan dua sudu besar yogurt dengan satu sudu besar oat. Gosokkan pada wajah dan tubuh badan dengan gerakan bulat agar semua sel kulit mati dapat dibuang.

Selain itu, anda boleh mencampurkan yogurt dengan kulit buah-buahan sitrus seperti oren yang sudah dikisar dan dikeringkan bersama dua sudu besar yogurt.

--->Menghapuskan bintik hitam dan bintik putih
Campuran serbuk beras dan yogurt yang dijadikan pes pekat mampu menghilangkan bintik hitam dan putih pada wajah sekaligus membersihkan wajah agar kelihatan berseri.

Caranya mudah sahaja. Sapukan pes tersebut dangan gerakan membulat pada wajah dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air sejuk. Kacang walnut juga boleh diguna untuk menggantikan beras.

--->Hilangkan jerawat
Masalah jerawat akan segera pulih dalam tempoh seminggu apabila menyapu yogurt setiap hari pada wajah. Kandungan zink yang terdapat di dalam yogurt membantu mengeringkan jerawat selain mengurangkan kesan merah dan keradangan.

--->Mengecilkan liang roma
Kandungan zink di dalam yogurt juga mampu mengecilkan liang roma dan menjadikan tona kulit anda kelihatan lebih sekata.

--->Hapuskan lingkaran gelap bawah mata
Sapukan sedikit yogurt di kawasan sekitar bawah mata selama 15 minit sebelum mencucinya. Di samping itu, campuran yogurt bersama serbuk kunyit, jus limau dan madu boleh disapu kepada bahagian kulit yang menjadi gelap akibat matahari selama 40 minit sebelum dibasuh.

--->Atasi masalah penuaan
Yogurt juga boleh mengelakkan anda daripada masalah kedutan sehingga membuatkan anda kelihatan tua dari usia sebenar. Caranya ialah dengan mencampurkan yoguret bersama minyak zaitun dan biarkan ia disapu pada kulit selama 30 minit. Lakukan tiga kali seminggu untuk hasil yang menakjubkan.

Hasilkan yogurt anda sendiri dengan dua liter susu penuh krim dan separuh liter susu yogurt yang mengandungi kultur hidup. Jangan lupa simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama!



Selamat Mencuba :))

Kisah Pengajaran : Kisah Sedih Seorang Isteri


Aduh…sakitnyer. ..isk…. . aduuh….Bang sakit nye tak tahan saya” keluh Nisa pada suaminya Zakri.
“Apelah awak nie….lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat, itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu” rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik
bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.
Doktor Johari menyuruh Nisa meneran …”Come on Nisa u can do it…once more….” Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar…”Good mummy” kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. “Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia” kata Doktor Johari memuji Nisa. “Tahniah Zakri,it’s a twin” Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.
Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa
berasa lega… tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.
Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung
anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. . Nisa dah 2 bulan… Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
“Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?”soal Nisa
pada Zakri .
“Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak” Zakri menempelak Nisa
“Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu” sergah Zakri lagi.
“Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang?” terang Nisa pada Zakri. “ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH” Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.
“Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu”marah Zakri. “Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ….heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni” kutuk Zakri lagi pada Nisa.
“Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. “Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri” kata Nisa pada Zakri.
“Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya ke dunia,”ucap
Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam – 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.
Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.
Kalau diminta jemput… macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,
perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula… bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh… Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa…dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding… Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi
ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , “Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan”kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton.
“Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti” desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa
“Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker”marah Zakri.
“Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja”Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian…terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya.”YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya
YA ALLAH” doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. ..”Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah” Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Sapa plak nie sebok je…. ” Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. “Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.
“Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha, ha, ha” gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.
“Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia” cetus hati Azlan. “Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau… mereka perlukan kita masa tu…nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit” Azlan mengingatkan Zakri.
“Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi” jawab Zakri selamba.
“Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri,
sesal tak sudah nanti” kata Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Hello Zakri speaking” jawab Zakri.
“Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri…….. .” panggilan kecemasan dari Doktor Johari
“Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang”…tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.
“Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri …” ajak Zakri pada Lan.
“Hah, tadi kau kata bini kau sihat”tanya Lan pada Zakri.
“Alah jom ler cepat” desak Zakri.
“Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang
serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau…terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya… dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk …tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa…. baginya Nisa mengada-ngada.. saja buat sakit untuk minta
simpati… tetapi sebaliknya…..
Zakri hanya diam….”YA ALLAH apa aku dah buat” rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil… “Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di
operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I’m
really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya” kata
Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari, Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa…”YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini” terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering…membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .
Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang… “SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA”
Assalamualaikum.
Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang…Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan… Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
kita baru kahwin… Abang panggil Nisa AYANG… terasa diri dimanja bila
Abang panggil Nisa cam tu…walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja.
Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang… mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang……. Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa.
Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka… Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.
Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa…tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama di samping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang…
Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang.. Dania mengikut raut muka Abang…sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa… Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
“Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania” pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis “HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya… setiap perbuatannya… seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya… kejamnya aku… Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.
Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam
pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. “Nisa Abang minta ampun dan maaf” bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.
Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan.
Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya… meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan… YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa….ampunkan aku YA ALLAH…. akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. “YA ALLAH, Zakri, Zakri bangun Zakri…dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?” tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. “Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak… kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah… emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa…

So aq rasa banyak pengajaran yang kita boleh ambil dri kisah sedih ni. salah satu pengajaran yang aq nak share adalah kita seharusnya menghargai seseorang sebelum kita kehilangannya. 


Allah memberi pertemuan agar takdir tercipa 
Allah wujudkan sayang agar kita bisa mengenali
Allah titipkan rindu untuk kita saling mengingati
dan Allah berikan perpisahan untuk kita saling menghargai... 

penggemar kucing? meh sini baca jap !!

Seorang lelaki Jepun yang tinggal di New York telah memperkenalkan satu hiasan baru yang dikenali sebagai ‘Kucing Bonsai’. Hiasan ini dibuat dengan sangat kejam iaitu memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.


Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi untuk mengeluarkan najisnya.
Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan berupa dadah ini selepas anak kucing itu mati.
Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa.
Barangan hiasan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.
Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dipasarkan bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!

 Alohai.. kesian sungguh aku tengok kucing2 tu :'(

Macam2 Taktik Penyamun !!

Assalamualaikum semua. hari ni adalah hari yang membosankan sebab aku dah tak tau nak wat ape kat umah. cuti panjang lagi ni. huh ni la ragam student kan? kalau kat sekolah or kolej , sibuk je kata nak cuti . tapi bila dah dapat cuti yg banyaaak , bising pulak kata bosan kat umah. nak wat cam ne , lumrah laa tu kan. hahaha okay dah merepek. kali ni aku nak share tentang taktik penyamun zaman sekarang. aiyoo macam2 kan taktik yang penyamun zaman sekarang ni guna. tadi sedang aku best online di fb , aku tertarik dengan artikel ni. so artikel ni sebagai ingatan agar semua orang sentiasa berhati- hati :)    

PESANAN DARI TNB --->  Baru ni di taman desa mewah di kejiranan saya ini telah terjadi kes samun di tengah malam iaitu dalam jam 2pagi ke atas... PENYAMUN MEMANJAT PAGAR RUMAH MANGSA DAN MENCABUT FIUS TNB BERSEBELAHAN METER TNB...TUJUANNYA UNTUK MEMATIKAN BEKALAN ELEKTRIK DAN MENGUMPAN MANGSA MEMBUKA PINTU RUMAH... SUDAH PASTI MANGSA AKAN KEKOTAK FIUS UNTUK MEMERIKSA...BUKAN FIUS YG DIDALAM RUMAH TAPI FIUS YG DI TEPI METER TNB.... APABILA MANGSA BUKA PINTU PENYAMUN TERUS MENYERBU.... MOHON JIKA ADA TERPUTUS ELEKTRIK MALAM HARI....HENDAKLAH BERHATI HATI.... SHARE.... 

p/s ---> Kalau begitu, kalau rumah tiba2 black out mlm2 especially lewat mlm, sila call atau sms/whatsapp jiran2 seblah utk pastikan smada bekalan lektrik kwsn yg terputus atau rumah kita shj. kan lebih selamat gitu? 

Mitos Kecantikan : Mitos atau Auta?




Sesetengah mitos kecantikan hanyalah mitos sahaja dan anda pasti terkejut betapa banyaknya mitos kecantikan yang biasa kita dengar atau lakukan telah dibetulkan oleh pakar-pakar. Untuk memastikan anda tampil cantik dengan mitos yang betul , beberapa mitos kecantikan telah diuji dan anda akan agak terkejut dengan keputusannya di bawah.

--->Ubat gigi boleh menghilangkan jerawat

Fakta! Ubat gigi boleh menghilangkan jerawat bergantung kepada bahan-bahannya yang mana boleh mengeringkan kulit. Gunakan ke atas permukaan jerawat sahaja, ubat gigi membantu keringkannya sekaligus mempercepatkan proses pemulihan.. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa ubat gigi boleh merengsakan kulit anda lalu menyebabkan kekeringan dan kulit mengelupas. Jadi pastikan anda menggunakannya di kawasan yang kecil sahaja.

---> Timun membantu menghilangkan mata lebam
Fakta! Timun sangat membantu dalam mengurangkan mata lebam, kerana apa-apa yang sejuk sangat baik untuknya. Oleh kerana timun adalah benda yang sejuk, ia akan membantu mengurangkan lebam di bawah mata dan pada masa yang sama, akan menyegarkannya.

---> 'Wax' atau bercukur membuatkan bulu badan tumbuh lebih tebal 
Auta! 'Wax' atau bercukur membuang bulu badan tetapi tidak akan membuatnya tumbuh semula lebih tebal. Sebenarnya, selepas bulu badan dicukur atau dicabut, ia akan menjadi lebih kasar. Jadi ia kelihatan lebih tebal daripada sebelumnya.

---> Berkongsi alatan solek adalah tidak sihat
Fakta! Ia telah terbukti bahawa alatan solek yang dikongsi sebenarnya akan menyebabkan pengguna berkongsi bakteria, yang mana boleh menyebabkan jangkitan atau masalah kulit. Jadi, cuba elakkan daripada meminjam sebarang alatan solek seperti gincu atau celak mata jika anda mahu selamat. Selain itu, jangan gunakan alatan solek yang dijadikan penguji sebaliknya hanya gunakan alatan solek milik anda sendiri jika anda tidak mahu untuk bertukar-tukar kuman dengan orang lain!

---> Tidak elok memicit jerawat
Fakta! Adalah satu perkara yang baik untuk membiarkan jerawat begitu sahaja jika anda tidak mahu ia dijangkiti bakteria, merebak ke permukaan lain atau menjadi lebih teruk lagi. Memicit jerawat hanya akan menyebabkan jangkitan merebak ke permukaan lain, lalu membanyakkan lagi jerawat di kulit. Bersihkan kulit anda dengan betul dan biarkan jerawat hilang dengan sendirinya.

---> Lebih banyak mencuci muka adalah lebih baik
Auta! Kerap kali mencuci muka anda hanya akan menyebabkan kekeringan dalam jangka masa panjang. Pencucian yang betul dua kali sehari, pada siang dan malam adalah cukup untuk menjaga kulit anda dengan baik, tanpa membuang penghalang natural yang melindungi kulit daripada faktor-faktor alam sekitar.

---> Hanya orang yang berlebihan berat badan mempunyai selulit
Auta! Anda tidak perlu mempunyai berat badan berlebihan untuk mendapatkan selulit. Jadi semua orang mudah mendapat selulit tanpa mengira berat badan mereka. Selulit dipengaruhi oleh jantina , gen serta gaya hidup, jadi hakikat bahawa anda sedang bekerja di luar mungkin tidak akan membuatkan anda selamat daripada selulit.

---> Jus lemon boleh mencerahkan kulit dan baik untuk rambut
Fakta! Jus lemon sememangnya boleh membantu dalam mencerahkan kulit dan baik untuk rambut . Mereka membantu mencerahkan, bukan menghitamkan, jadi gunakan jus lemon berhati-hati jika anda ingin untuk mencerahkan kulit atau membaiki rambut anda secara semulajadi. Namun begitu, jangan lupa bahawa jus lemon yang terkena pada kulit atau rambut terlalu lama boleh menyebabkan kerengsaan atau kekeringan pada kulit.


Ada Kelemumur? Ikut petua ni !!

Haii korang. hari ni aku nak share sikit tips nak kurangkan kelemumur yang bermaharaja lela atas kepala kita. kelemumur ni biasanya menjadi satu masalah kepada gegirl especially yg bertudung sbb seksa kan ada kelemumur ni. Gatal yang amat ! rasa nak tonyoh2 je kepala kat jalan raya. hehehe tapi kaum adam pun apa kurangnya. korang pun mesti pernah ada masalah kelemumur kan ! jangan buat tak nak mengaku plak :)) so search punya search , aku jumpa sedikit petua atau tips yang boleh kita amalkan untuk mengatasi masalah kelemumur tersebut. Selamat mencuba k =D



---> Daun inai dan serbuk teh
Ambil segengam daun inai dan satu sudu serbuk teh dan gilis kedua-duanya sekali sehingga lumat. Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan biarkan ia kering selama satu jam dan kemudian bersihkan. Amalkan petua ini sebaik-baiknya tiga kali seminggu sehingga kelemumur berkurang.

---> Air limau
Bagi anda yang mempunyai luka di kulit kepala, tips ini mungkin kurang sesuai kerana air perahan limau kalau terkena pada luka mungkin akan menyebabkan luka di kulit kepala berasa sangat pedih. Tetapi bagi anda yang tiada masalah tu, bolehlah cuba petua ini. Amalkannya sehingga kelemumur berkurang.
p/s : yang tips ni, aku pernah cuba tau.. memang berkesan ler ! gerenti kelemumur hilang n rambut korang pun jadi wangi semerbak limau :))

---> Daun pandan
Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua dan tumbuk sehingga halus dan campurkan dua gelas air. Kemudian tapiskan bahan tersebut dan sapukan pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan ia kering selama 30 hingga 60 minit kemudian bilas dengan air mengalir. Daun pandan boleh mengurangkan masalah kelemumur dan juga membuatkan rambut menjadi wangi.

---> Santan
Menggunakan santan kelapa adalah salah satu petua tradisional yang diamalkan sejak turun-temurun. Selain mengurangkan masalah kelemumur, santan juga akan membuatkan rambut menjadi lebih sihat dan kuat!



Review novel EKSPERIMEN CINTA


 haiiii korang. ari ni aku nak share mgenai novel yg baru aq abis bce ni.. hurm ? best ke novel ni? oh yang tu aq tak boleh nak kata ape sbb lain orang lain taste nya kan?  totally bg aq , novel ni best !! hihihi bukan nak promote k ! tapi mmg best la bg aq. cuba laa baca sinopsis novel ni . n kalau xpercaya gak , beli je novel ni and try bace ! k ni aq dah sediakan sedikit sinopsis mgenai novel ni.. Enjoy yourself k :))

Sinopsis Eksperimen Cinta 

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?

Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.

“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”

“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”

Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?

Guna air liur untk belek Al-Quran? Meh sini baca !!


RAMAI ORANG dah jadi tabiat bila nak membelek Quran, dia jilat jari biar basah guna air luir, pastu dia belek Quran. Hukumnya HARAM mengenakan air liur pada Quran. Walaupun air liur tu bukan najis tetapi ia sesuatu yang kotor, jijik. Cuba jilat jari mung pastu calit kat muka orang lain. Dia marah tak? Marah lah. Itu tanda air liur itu kotor. Mana boleh kenakan benda yang kotor pada Quran.

Nanti ada orang kata, "habis tu nak belek muka surat Quran licin nak buat macamana ustaz?". Gunalah air paip! Letak dalam cawan kat sebelah mung. Kalau tak cukup secawan, ambil air satu baldi, apa susah!

"Nak buat macamana ustaz, dulu saya tak tau, ingatkan tak apa...". Dah tau ni, istighfar lah banyak-banyak, pohon keampunan dari Allah.


sumber : Ustaz Azhar Idrus 

TUAH PAK GUARD !!

Wahhhh! Rasa lucu pula bila terbaca entry seorang blogger tentang tuah pak guard yang pernah di maki oleh isteri Mat Yo kini semakin menjadi-jadi selepas kes kontroversi yang melanda dirinya . Hikhmah daripada kesabaran di maki dan di tending Pak Guard atau mudah di kenali dengan Azman di jemput berlakon dalam sebuah drama yang telah diadaptasi daripada novel Cinta Pandang Ke-2 terbitan Kumpulan Media Karangkraf.
Sinopsis Cinta Pandang ke-2 

"Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu....

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.


Drama ini di terbitkan oleh ZK Creative Production Sdn. Bhd. Untuk tayangan slot Aurora di TV9. Drama ber episode ini di bintangi oleh  Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour, turut memperkenalkan Eiyha Abdullah dan ramai lagi.

p/s: wahhh semakin bertambah-tambah rezeki Pak Azman ni ye :) Hopefully apa yang terjadi just lupakan dan terus move on ke hadapan ye :)

Review Filem Highland Tower


Bagi aku , Highland tower ni merupakan satu dokumentari yang tidak membosankan. Setiap masa adalah detik mendebarkan semasa di Highland Tower Rasa macam aku nak join diorang dalam dokumentari tu Sangat cuak dan seram sebenarnya. 
 Konflik dalam kumpulan yang real  !  totally best.
 Real story. Kena rasuk pun real.  memang xrugi la aku pi tonton cite ni :))

Abang Raja !!

Assalamualaikum .. haiii semua ! dah lama kan aq xupdate blog ni. memang dah berkilo2 sawang. huh jenuh aq nk bersihkan balik blog ni. hahaha k laa tak mau merepek panjang2. hari ni aq nk share sedikit ilmu yg aq dpt time dengar ceramah oleh RAJA SHAMRI . korang knl x RAJA SHAMRI? mesti kenal kan !!

aq mmg touching giler ah dengar kisah hidup Raja Shamri ataupun lebih manja panggil abg raja .. fuh aq tak dapat bayangkan kalau aq yang berada kt tempat abg raja. mesti aq dah fed up tahap habis- habisan untuk terus hidup kat dunia ni.. ni sedikit ilmu yg aku nk share ngan korang ~

 CARA BERSIH HATI 
* Banyakkan melihat kebesaran Allah 
*Banyakkan membaca Al-Quran
*Banyakkan tengok air zam zam
* Banyakkan tengok muka mak abah kita
* Banyakkan tengok kaabah

CARA KEKAL CERGAS
* Selalu Berwudhuk
* Pakai Perfume 
* Banyakkan makan sayur n buah-buahan

Ni laa ilmu yang aq nak share dgn korang. walaupun ilmu yg aq cuba sampaikan ini cket sahaja, but i hope ilmu ni dpt diamalkan dalam hidup kita semua k. sikit- sikit lama- lama jadi bukit tau ! hehehe  

kalau korang nak tahu lebih sal Abang raja, bolehlah blokwalking blog dia.. 
Abang Raja punya blog ---> Tekan Sini :))