Assalamualaikum dan selamat
sejahtera, ini ada satu perkongsian atau kisah di mana seorang wanita cemerlang
ditemuduga oleh sebuah syarikat yang terkenal.. Mari kita baca kisah ini
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat
yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat
tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik
yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di
universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus
itu bertanya, “Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau
universiti?”
Gadis itu menjawab “Tidak.”
Gadis itu menjawab “Tidak.”
Pengurus itu bertanya lagi, “Jadi adakah ayah awak yang membayar
semua yuran pengajian?”
Gadis itu menjawab,”Ayah saya telah meninggal ketika
saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian
saya.”
Pengurus
meneruskan soalannya, “Ibu awak bekerja di mana?” Gadis itu
menjawab,”Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah.”
Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan
gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah
membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, “Awak tidak pernah
membantu ibu awak mencuci kain dahulu?”
Gadis itu menjawab, “Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya
saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia
meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih
cepat daripada saya.”
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia
menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu
pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut
semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan
ibunya.
Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan
anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan
kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa
disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati
tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya.
Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.
Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang
bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang
membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.
Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi
kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai
membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua
pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis
tersebut lalu dia bertanya : “Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di
rumah?”
Gadis itu menjawab : “Saya membersihkan tangan ibu saya dan
membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal.”
Pengurus itu bertanya lagi, “Apa yang anda rasa?”
Gadis itu menjawab : “Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan
seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan
bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa
sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya
hubungan kekeluargaan.”
Pengurus itu tersenyum lalu berkata, “Ini adalah apa yang saya
mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain,
orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan
wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di
sini.”
Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari
rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa
ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.
Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan
kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan
dan keperitan yang dialami oleh mereka.
No comments:
Post a Comment