♡ SEGALANYA PERASAAN ITU INDAH ♡

Assalamualaikum semua. haiiii uols . setelah lama mnyepi diri dari hupdate blog ni , mlm ni tetiba aku rase cam nak tukar lagu untk blog ni . lagu dulu dah kuno kut . hahaah . takde lah . bosan dah den duk dengar lagu same manjang . so kali ni nak share sikit pasal perasaan indah yang ada dalam diri kita .  Please take note okeh ... 

¤ Rindu itu indah jika kerana bila kerinduan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang dirindu.


¤ Gembira itu indah jika kerana bila kegembiraan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang menggembirakan.


¤ Sedih itu indah jika kerana bila kesedihan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyedihkan.


¤ Bosan itu indah jika kerana bila kebosanan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membosankan.


¤ Sibuk itu indah jika kerana bila kesibukkan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang disibukkan.


¤ Sakit itu indah jika kerana bila kesakitan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan.


¤ Benci itu indah jika kerana bila kebencian itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang dibenci.


¤ Derita itu indah jika kerana jika bila penderitaan itu sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menderitakan.


¤ Oleh itu niatkanlah segala perasaan hanya untuk ALLAH untuk mendapat keredhaanNYA.

No comments:

Post a Comment